DUNIA
Pesuruhjaya Eropah UK, Jonathan Hill letak jawatan

Hill yang merupakan sekutu rapat Cameron, sebelum ini memperjuangkan UK supaya kekal dalam blok Kesatuan Eropah (EU). - Foto AFP
Pesuruhjaya Eropah bagi UK, Jonathan Hill mengumumkan peletakan jawatannya susulan keputusan pungutan suara Brexit Jumaat lalu.
Hill, pesuruhjaya yang bertanggungjawab dalam perkhidmatan kewangan merupakan pemimpin kedua dari Kem Kekal yang meletakkan jawatan selepas Perdana Menteri Britain, David Cameron.
Jelas Hill, beliau percaya beliau tidak lagi sesuai menjalankan tugasnya dengan keputusan pungutan suara baru-baru ini.
Bagaimanapun Hill akan meneruskan tugasnya untuk tempoh beberapa minggu lagi bagi peralihan yang tersusun.
Hill yang merupakan sekutu rapat Cameron, sebelum ini memperjuangkan UK supaya kekal dalam blok Kesatuan Eropah (EU).
Pengumuman Hill ini menyusul kenyataan menteri-menteri luar EU yang mendesak Britain mengadakan rundingan segera untuk keluar dari blok berkenaan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami