awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Petani di India mogok, bantah undang-undang baharu kerajaan

Khairunnisa Kasnoon
Khairunnisa Kasnoon
25/09/2020
15:22 MYT
Petani di India mogok, bantah undang-undang baharu kerajaan
Para petani bimbang dieksploitasi pemain swasta yang membeli hasil tanaman dengan harga yang murah. - Gambar fail/REUTERS
RATUSAN petani di India turun ke jalanan pada hari Jumaat bagi memprotes undang-undang baru kerajaan yang akan meningkatkan pertumbuhan di sektor pertanian melalui pelaburan swasta.
Para petani bimbang dieksploitasi pemain swasta yang membeli hasil tanaman dengan harga yang murah.
Penunjuk perasaan menggunakan traktor untuk menyekat jalan raya di pinggir ibu kota India dan di beberapa negeri lain.
Mereka menuduh Perdana Menteri,Narendra Modi mengabaikan permintaan mereka, termasuk harga pembelian minimum untuk tanaman seperti gandum, padi, lentil, kapas dan tebu dalam klausa perundangan baru.
Anggota Kesatuan Petani India, Narendra Pahwa, mendakwa, peniaga yang mempunyai wang akan mula mengeksploitasi petani.
"(Para petani) bekerja setiap hari untuk bertani dan menanam tanaman dan yang lain harus menuai faedahnya? Petani tidak mempunyai hak untuk menghargai hasilnya sendiri," katanya.
Protes itu mendapat sokongan dari pemimpin parti Kongres pembangkang, Rahul Gandhi, yang mengatakan undang-undang pertanian baru membunuh
Perhimpunan serupa diadakan di negeri Punjab, Haryana, Telangana, Karnataka dan Uttar Pradesh.
Kerajaan melindungi pengeluar pertanian dari kejatuhan harga ladang dengan mengumumkan harga pembelian minimum pada awal musim penaburan, dengan mempertimbangkan kos pengeluaran.
Topic Berkaitan
#Haryana
#India
#mogok
#Narendra Modi
#Narendra Pahwa
#petani
#protes
#Punjab
#Telangana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan