BUKAN kali pertama, sebaliknya tragedi yang hampir sama sudah terlalu kerap berlaku. Ketika masyarakat awam di Amerika Syarikat melaungkan #blacklivesmatter, ia bagaikan tidak memberi kesan.
Tragedi malang yang menimpa Philando Castile semalam menyaksikan kemarahan orang ramai terhadap pihak berkuasa di negara Uncle Sam itu kembali bersemarak.
Detik-detik akhir hidup Castile dirakam oleh tunangnya, Diamond Reynolds, melalui penstriman secara langsung di akaun Facebook.
Castile dikatakan ditembak sebanyak empat das oleh anggota polis ketika sedang mencari lesen memandu.
Siapa Castiles?
1. Seorang penyelia kafetaria Sekolah JJ Hill Montessori, Minnesota. Dalam kenyataan di laman web, pihak pengurusan sekolah menyifatkan Castile sebagai "disukai pelajar dan rakan sekerja, mesra, kelakar dan sangat menghormati orang lain".
Kenyataan itu juga menyatakan Castile sudah bekerja di kafetaria itu sejak berusia 19 tahun.
2. Bakal menyambut hari lahir ke 33 16 Julai ini.
3. Merupakan bekas pelajar Universiti Minnesota.
4. Siasatan mendapati Castile tidak mempunyai sebarang rekod jenayah, namun mempunyai banyak saman trafik antaranya kerana memandu tanpa lesen dan tidak memakai tali pinggang keledar.
5. Dalam kenyataan kepada media, Reynolds berkata tunangnya diminta memberhentikan kenderaan kerana lampu belakang kereta yang rosak. Ketika itu, mereka dalam perjalanan pulang dari kedai.
Sebelum ini pengasas Facebook, Mark Zuckerberg, dalam kenyataannya, berkongsi rasa sedih dan terkilan dengan apa yang berlaku, namun dalam masa yang sama menegaskan peranan yang dibawa dunia tanpa sempadan.
"Apa yang terjadi ini mengingatkan kita mengapa kita perlu bekerjasama untuk terus memperkasakan dunia yang lebih terbuka dan tanpa sempadan, dan ia memerlukan usaha yang berterusan," tulisnya pada status di Facebook.
Madiha Abdullah
Fri Jul 08 2016

Castile dikatakan ditembak sebanyak empat das oleh anggota polis ketika sedang mencari lesen memandu.

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Delegasi Malaysia jalan kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya di UK
Datuk Seri Azalina Othman Said kini berada berada di London, United Kingdom bersama delegasi Malaysia untuk kajian empirikal cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya negara itu.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Akta 555 memadai untuk kekang kegiatan sijil palsu - Zambry
Tiada keperluan untuk meminda Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) bagi mengekang kegiatan pengurniaan sijil akademik palsu.

Ibu bapa Zayn Rayyan tidak mengaku salah atas pertuduhan pindaan abai kanak-kanak
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik yang dibunuh, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, atas pertuduhan pindaan.

Indikator Ekonomi MADANI catat pencapaian positif - Dr Zaliha
Indikator yang menentukan kejayaan kerangka Ekonomi MADANI telah menunjukkan pencapaian positif setakat ini, kata Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Cubaan pindah khinzir disyaki dijangkiti demam babi Afrika gagal
Cubaan memindah keluar sejumlah khinzir yang disyaki dijangkiti penyakit demam babi Afrika (ASF) dari daerah Sepang berjaya dipatahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor (DVS Selangor).

#philandocastile: Kisah malang penyelia kafetaria
"Kita perlu bekerjasama untuk terus memperkasakan dunia yang lebih terbuka dan tanpa sempadan" - Mark Zuckerberg