Skip to main content

Sukan

Piala Dunia 2026: 'Team Melli' disambut meriah walau gagal mara ke pusingan 32

People wait for the arrival of the Iranian national soccer team at Mehrabad International Airport in Tehran, after the team's elimination from the World Cup, Iran, July 1, 2026. Majid Asgaripour/WANA (West Asia News Agency) via REUTERS ATTENTION EDITORS - THIS PICTURE WAS PROVIDED BY A THIRD PARTY. ATTENTION EDITORS - THIS PICTURE WAS PROVIDED BY A THIRD PARTY. ISRAEL OUT. NO COMMERCIAL OR EDITORIAL SALES IN ISRAEL. NO ACCESS FOR ISRAELI MEDIA. NO USE BBC PERSIAN. NO USE VOA PERSIAN. NO USE MANOTO. NO USE I
Ratusan penyokong termasuk kanak-kanak dan keluarga membanjiri lapangan terbang sambil mengibarkan bendera Iran serta melaungkan sorakan "Iran, Iran!" bagi menghargai semangat juang pasukan negara yang hampir mencipta sejarah mara ke pusingan kalah mati Piala Dunia buat kali pertama. -Foto Reuters
Advertisement

TEHRAN: Skuad bola sepak kebangsaan Iran, Team Melli, menerima sambutan meriah daripada ratusan penyokong setia sebaik tiba di Lapangan Terbang Mehrabad di sini selepas kempen mereka dalam Piala Dunia FIFA 2026 berakhir secara dramatik di peringkat kumpulan.

Ratusan penyokong termasuk kanak-kanak dan keluarga membanjiri lapangan terbang sambil mengibarkan bendera Iran serta melaungkan sorakan "Iran, Iran!" bagi menghargai semangat juang pasukan negara yang hampir mencipta sejarah mara ke pusingan kalah mati Piala Dunia buat kali pertama.

Suasana bertambah meriah apabila pemain disambut dengan alunan lagu kebangsaan sebaik tiba dari penerbangan transit melalui Turki.

Penyokong turut membawa gambar penjaga gol utama, Alireza Beiranvand, yang mendapat perhatian selepas aksi cemerlangnya membantu Iran mengikat Belgium tanpa jaringan dalam aksi Kumpulan G.

"Kami mohon maaf kerana gagal melayakkan diri dan tidak mampu memberikan kegembiraan yang diharapkan," kata Beiranvand kepada penyokong yang hadir menyambut kepulangan pasukan itu.

Iran menamatkan saingan Kumpulan G tanpa kalah menerusi tiga keputusan seri iaitu 2-2 menentang New Zealand, 0-0 dengan Belgium dan 1-1 ketika bertemu Mesir.

Bagaimanapun, pasukan kendalian Amir Ghalenoei itu sekadar menduduki tempat ketiga kumpulan sebelum tersingkir daripada saingan apabila gagal berada dalam kelompok lapan pasukan tempat ketiga terbaik.

Senegal meraih slot terakhir berdasarkan perbezaan jaringan yang lebih baik.

Kempen Team Melli turut dicemari kekecewaan apabila jaringan lewat permainan ketika menentang Mesir dibatalkan VAR kerana ofsaid.

Harapan mereka untuk mara turut musnah selepas Austria menjaringkan gol penyamaan pada saat akhir ketika seri 3-3 dengan Algeria dalam Kumpulan J.

Dalam pada itu, pemain pertahanan Ramin Rezaeian berkata usaha pasukan itu turut dipengaruhi cabaran logistik susulan sekatan perjalanan yang dikenakan Amerika Syarikat terhadap Iran.

Keadaan itu memaksa pasukan berpangkalan di Tijuana, Mexico, selepas dibenarkan memindahkan kem latihan dari Arizona.

Beberapa pegawai pasukan turut berdepan masalah visa, manakala pemain perlu berulang-alik merentasi sempadan Mexico-Amerika Syarikat bagi menghadiri perlawanan sepanjang kejohanan.

 

Must Watch Video

Advertisement