awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ajaran sesat: Kerajaan tidak ambil ringan, dapatkan laporan dari negeri - Marhamah
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
PRN Johor: PH mula bincang pembahagian kerusi - Nie Ching
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pihak berkuasa Arab Saudi ketatkan piawaian pemeriksaan iftar di Masjidil Haram

Bernama
Bernama
23/03/2025
13:28 MYT
Pihak berkuasa Arab Saudi ketatkan piawaian pemeriksaan iftar di Masjidil Haram
Menurut SPA, langkah itu mencerminkan komitmen pihak berkuasa untuk menjaga kesihatan awam serta memastikan keselesaan dan kesejahteraan semua pengunjung Masjidil Haram. - Reuters
MAKKAH: Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidilharam dan Masjid Nabawi di Arab Saudi telah melaksanakan piawaian pemeriksaan ketat terhadap hidangan iftar yang disediakan di Masjidilharam, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Piawaian itu termasuk pemeriksaan visual, memastikan penyimpanan selamat daripada pencemaran, pengesahan tarikh luput dan ketiadaan bahan tercemar, mengesahkan integriti pembungkusan serta memeriksa ramuan yang telah rosak.
Kualiti ramuan turut dipantau secara teliti, dengan sampel dihantar ke makmal Masjidil Haram untuk analisis menyeluruh.
Makmal yang beroperasi di bawah seliaan pihak berkuasa itu menjalankan ujian mikrobiologi dan kimia bagi memastikan kesihatan serta keselamatan jemaah.
Menurut SPA, langkah itu mencerminkan komitmen pihak berkuasa untuk menjaga kesihatan awam serta memastikan keselesaan dan kesejahteraan semua pengunjung Masjidil Haram.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#iftar
#Masjidil Haram
#pihak berkuasa
#Arab Saudi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan