Skip to main content

Dunia

Pihak berkuasa Israel terus tutup Masjid Al-Aqsa masuk hari ke-16 berturut-turut

Empty courtyards of the Al-Aqsa compound are seen while Palestinian Muslims offer Laylat Al Qadr prayers, in the Old City of Jerusalem, Sunday, March 15, 2026, as the Old City remains closed to visitors under nationwide Home Front Command restrictions banning large gatherings amid the war with Iran. (AP Photo/Mahmoud Illean)
Buat pertama kali sejak 1967, jemaah dilarang daripada menunaikan solat di Al-Aqsa semasa hari-hari terakhir bulan suci Ramadan. - Gambar AP

BAITULMUQADDIS: Pihak berkuasa pendudukan Israel terus menutup pekarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis yang diduduki, sekali gus menghalang jemaah daripada mengakses tempat suci itu untuk hari ke-16 berturut-turut, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).

Buat pertama kali sejak 1967, jemaah dilarang daripada menunaikan solat di Al-Aqsa semasa hari-hari terakhir bulan suci Ramadan.

Advertisement

Pejabat Gabenor Baitulmuqaddis sebelum ini memberi amaran mengenai peningkatan retorik hasutan berbahaya yang diketuai oleh kumpulan ekstremis "organisasi kuil" terhadap Al-Aqsa di tengah-tengah langkah sekatan yang berterusan.

Kenyataan itu menegaskan bahawa apa yang berlaku ketika ini tidak boleh dianggap sebagai langkah keselamatan sementara seperti yang didakwa oleh pihak berkuasa Israel.

Sebaliknya, tindakan itu merupakan sebahagian daripada agenda politik dan ideologi yang bertujuan untuk mengubah status agama, sejarah, dan undang-undang sedia ada bagi masjid berkenaan.

-- BERNAMA-WAFA

 

Must Watch Video