Skip to main content

Dunia

Pihak Berkuasa Keselamatan Siber Nasional Arab Saudi lancar pameran kesedaran untuk jemaah

Jemaah haji Malaysia ketika tiba di Terminal Haji Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, Jeddah, 3 Mei 2026. - Gambar fail/BERNAMA
Jemaah haji Malaysia ketika tiba di Terminal Haji Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, Jeddah, 3 Mei 2026. - Gambar fail/BERNAMA

Advertisement

JEDDAH: Pihak Berkuasa Keselamatan Siber Nasional Arab Saudi, dengan kerjasama Syarikat Lapangan Terbang Jeddah melancarkan pameran kesedaran keselamatan siber interaktif untuk jemaah di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah.

Menurut Agensi Berita Arab Saudi (SPA), inisiatif ini sebahagian usaha nasional untuk menggerakkan semua keupayaan dalam menyediakan perkhidmatan pada tahap tertinggi kepada jemaah.

Pameran itu bertujuan memupuk budaya keselamatan siber yang kukuh dalam kalangan jemaah serta meningkatkan kesedaran mereka melalui kaedah inovatif dan interaktif. Ia menampilkan pelbagai bahan, penerbitan dan garis panduan pendidikan yang disesuaikan bagi meningkatkan kesedaran keselamatan siber dalam pelbagai bahasa.

Acara itu turut mengetengahkan konsep utama keselamatan siber serta peranannya yang penting dalam mengurangkan ancaman yang semakin berkembang di ruang siber.

Ia juga menekankan kepentingan kemas kini keselamatan, mengenal pasti taktik pancingan data dan kejuruteraan sosial, keselamatan aplikasi serta topik kritikal lain bagi membina minda keselamatan siber yang mantap dalam kalangan jemaah.

 

 

-- BERNAMA-SPA

 

 

Must Watch Video

Advertisement