Pihak berkuasa Mesir menyerbu masuk ke Masjid Al Fatah berhampiran Dataran Ramses dalam usahanya menghentikan tunjuk perasaan .
Beberapa pemimpin kanan pergerakan itu turut dilaporkan telah ditahan.
Serbuan pada petang Sabtu itu dibuat selepas beberapa hari selepas ia dikepung.
Sebelum itu, bagi tujuan yang sama, pihak berkuasa Mesir turut melepaskan peluru hidup dan gas pemedih mata ke atas penyokong tegar pro demokrasi Mesir.
Menurut saksi, beratus penunjuk perasaan diseret dan kemudian dibawa dengan kenderaan tentera sebaik operasi dilakukan di Masjid Al Fatah.
Dalam kenyataannya, Kaherah memaklumkan lebih 250 telah ditahan dan disiasat kerana melakukan pembunuhan, cubaan membunuh dan terbabit dengan keganasan.
Terdahulu, ia mendakwa terpaksa bertindak selepas kumpulan bersenjata yang bersembunyi di menara masjid berkenaan melepaskan tembakan ke arah pihak berkuasa.
Kenyataan itu disanggah penunjuk perasaan dan menegaskan ia hanya propaganda tentera untuk menghalalkaan perbuatan mereka untuk menyerbu masuk dan melakukan pembunuhan.
Mereka juga mendakwa ramai mangsa yang terperangkap terbunuh akibat tembakan rambang pihak berkuasa.
Perkembangan itu mencetuskan kebimbangan, kemungkinan tentera akan menggempur sebuah lagi kubu kuat penyokong Ikhwanul Muslimin di tengah bandaraya Kaherah.
Dalam perkembangan lain Ikhwanul Muslimin memaklumkan anak pemimpin kanan pergerakan itu, terbunuh dalam keganasan terbaru.
Ammar Mohammed Badei terbunuh akibat terkena tembakan ketika para penyokong Ikhwanul Muslimin melakukan bantahan di Dataran Ramses, Kaherah.
Sebelum ini para penyokong Ikhwanul Muslimin masih berselindung di Masjid Al-Fatah yang kemudian bertukar menjadi hospital.
Angka kematian dalam pertempuran sejak Jumaat lalu telah meningkat kepada 173 manakala 1,330 yang lain tercedera.
Kementerian dalam negeri Mesir pula memaklumkan lebih daripada seribu anggota Ikhwanul Muslimin telah ditahan dan antara yang dirampas termasuk peluru dan bom.
Astro Awani
Sun Aug 18 2013
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pihak berkuasa Mesir serbu masuk masjid
Pihak berkuasa Mesir menyerbu masuk ke Masjid Al Fatah berhampiran Dataran Ramses dalam usahanya menghentikan tunjuk perasaan .