awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pihak berkuasa Niger potong bekalan elektrik, air ke Kedutaan Perancis

Bernama
Bernama
28/08/2023
04:45 MYT
Pihak berkuasa Niger potong bekalan elektrik, air ke Kedutaan Perancis
Menurut laporan itu, mana-mana rakan kongsi yang terus membantu Perancis membekalkan barangan dan perkhidmatan,akan dianggap "musuh rakyat berdaulat". - Gambar fail/ Reuters
ANKARA: Pentadbiran tentera Niger memotong bekalan air dan elektrik ke kedutaan Perancis di Niamey, selain tidak membenarkan khidmat penghantaran makanan ke premis berkenaan, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik beberapa laporan di media sosial pada Ahad.
Selain kedutaan di ibu negara Niger itu, kepimpinan negara itu juga mengenakan tindakan yang sama ke atas konsulat Perancis di Zinder.
Presiden Jawatankuasa Sokongan Kebangsaan Majlis Kebangsaan bagi Melindungi Negara (CNSP), Elh Issa Hassoumi Boureima turut meminta semua rakan pangkalan-pangkalan Perancis di Niger supaya menggantung bekalan air dan elektrik serta produk makanan, menurut laporan itu.
Menurut laporan itu, mana-mana rakan kongsi yang terus membantu Perancis membekalkan barangan dan perkhidmatan,akan dianggap "musuh rakyat berdaulat".
Tentera yang menggulingkan presiden Mohamed Bazoum, sebelum ini memberikan tempoh dua hari, yang berakhir Ahad kepada duta Perancis Sylvain Itte untuk meninggalkan negara itu, dengan ketegangan berterusan sejak rampasan kuasa itu.
Niger bergelora apabila Jeneral Abdourahamane Tchiani, bekas komander pengawal presiden, menggulingkan Bazoum pada 26 Julai lepas.
Awal bulan ini, Perancis melancarkan operasi untuk memindahkan warganya serta rakyat negara lain dari Niamey.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Niger
#Kedutaan Perancis
#bekalan air dan elektrik
#Mohamed Bazoum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan