awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pihak berkuasa pelabuhan Singapura siasat insiden jambatan di Baltimore runtuh

Bernama
Bernama
28/03/2024
07:47 MYT
Pihak berkuasa pelabuhan Singapura siasat insiden jambatan di Baltimore runtuh
Siasatan dijalankan sebagai sebahagian daripada kewajipan ke atas Dali, kapal kontena didaftarkan di Singapura yang melanggar tiang jambatan berusia beberapa dekad itu. - Foto/Reuters
SINGAPURA: Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) akan menjalankan siasatan untuk menentukan sama ada terdapat sebarang pelanggaran keperluan berkanun yang berkaitan di bawah Akta Perkapalan Saudagar 1995 susulan insiden Jambatan Francis Scott Key di Baltimore, Maryland runtuh.
MPA dalam satu kenyataan berkata siasatan akan dijalankan sebagai sebahagian daripada kewajipan ke atas Dali, kapal kontena didaftarkan di Singapura yang melanggar tiang jambatan berusia beberapa dekad itu.
"MPA, sebagai badan pentadbir di bawah bendera Singapura, mengambil tanggungjawabnya terhadap keselamatan kapal yang berdaftar di negara ini dengan serius.
Ia bekerjasama dengan lapan pertubuhan pengelasan antarabangsa untuk meninjau, memeriksa dan memastikan kapal didaftarkan di Singapura mematuhi semua keperluan undang-undang yang berkenaan," katanya.
Agensi itu berkata ia akan terus bekerjasama dengan syarikat pengurusan kapal Synergy Marine Pte Ltd untuk memudahkan pertukaran maklumat bagi membantu Pengawal Pantai AS dalam siasatannya.
"MPA juga telah meminta pertubuhan pengelasan kapal, ClassNK untuk menyediakan penilaian teknikal dan pengiraan kestabilan, yang merupakan parameter penting untuk membantu Pengawal Pantai AS dalam perancangan dan pelaksanaan selamat operasi menyelamatkan kapal itu," katanya.
MPA berkata ia akan terus bekerjasama dengan syarikat pengurusan kapal untuk memastikan kebajikan kru kapal Dali terjaga dan syarikat itu bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa tempatan yang berkaitan.
Sementara itu, MPA berkata Biro Siasatan Keselamatan Pengangkutan (TSIB) akan melakukan siasatan keselamatan marin secara bebas untuk mengenal pasti pengajaran yang dapat mengelakkan kemalangan dan insiden marin pada masa akan datang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura
#jalankan siasatan
#insiden jambatan Baltimore runtuh
#pelanggaran undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan