awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ranking Zii Jia terus merudum
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pihak berkuasa Singapura tahan lelaki dakwa ambil dadah bersama bekas peguam, M Ravi sebelum meninggal dunia

Agensi
Agensi
24/12/2025
22:45 MYT
Pihak berkuasa Singapura tahan lelaki dakwa ambil dadah bersama bekas peguam, M Ravi sebelum meninggal dunia
M Ravi atau nama sebenarnya, Ravi Madasamy dilahirkan pada 1969 dan berkhidmat sebagai peguam selama lebih 25 tahun. - Gambar ihsan mravilaw
SINGAPURA: Seorang lelaki yang mendakwa mengambil dadah bersama bekas peguam, M Ravi, beberapa jam sebelum beliau disahkan meninggal dunia telah ditahan oleh Biro Narkotik Pusat (CNB) pada Rabu (24 Dis).
Menurut polis, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menerima panggilan kecemasan sekitar jam 5.40 pagi berhubung satu insiden di sebuah pangsapuri.
Pasukan paramedik dikerahkan dan individu yang memerlukan bantuan dikenal pasti sebagai M Ravi.
Bekas peguam berusia 56 tahun itu dibawa ke Hospital Tan Tock Seng dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.
Polis memaklumkan, terdapat seorang lagi individu berada di lokasi ketika SCDF tiba.
Lelaki itu, yang dikenali sebagai “A” juga merupakan pihak yang membuat panggilan kecemasan.
“‘A’ memberitahu bahawa dia dan M Ravi telah mengambil dadah beberapa jam sebelum kejadian. Selepas itu, M Ravi menunjukkan simptom membimbangkan dan ‘A’ cuba melakukan CPR. ‘A’ turut mengaku dadah berkenaan miliknya,” kata polis memetik laporan portal berita CNA.
Polis menambah, kes ini diklasifikasikan sebagai kematian tidak normal.
Berdasarkan siasatan awal, tiada unsur jenayah dikesan. Punca kematian hanya akan diketahui selepas bedah siasat.
Pihak berkuasa tempatan masih menjalankan siasatan rapi.
“A” kini ditahan oleh CNB atas kesalahan berkaitan dadah di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah.
Mendiang M Ravi semasa hayatnya dikenali kerana mengendalikan kes hak asasi manusia dan kerja pro bono.
Beliau meninggal dunia pada usia 56 tahun.
Berita pemergian Ravi disahkan oleh rakan-rakannya kepada CNA pada Rabu.
Namun, punca kematian belum didedahkan. - CNA
Topic Berkaitan
#peguam M Ravi
#Dadah
#Biro Narkotik Pusat
#peguam meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan