awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan

Agensi
Agensi
24/12/2025
23:30 MYT
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Tarique Rahman dijadual tiba dari London pada Khamis, ketika BNP kembali mendapat momentum selepas penggulingan pemimpin lama, Sheikh Hasina dalam kebangkitan yang diterajui pelajar tahun lalu. - Gambar Reuters
DHAKA: Parti pembangkang utama Bangladesh, Parti Nasionalis Bangladesh (BNP), sedang merancang satu perhimpunan besar-besaran bagi menyambut kepulangan pemimpin mereka, Tarique Rahman, selepas hampir 17 tahun berada dalam buangan.
BNP menyasarkan sehingga lima juta penyokong membanjiri ibu negara Dhaka bagi meraikan kepulangan Rahman, yang dilihat sebagai calon utama parti itu untuk jawatan Perdana Menteri menjelang pilihan raya umum pada Februari depan.
Beliau dijadual tiba dari London pada Khamis, ketika BNP kembali mendapat momentum selepas penggulingan pemimpin lama, Sheikh Hasina dalam kebangkitan yang diterajui pelajar tahun lalu.
Tarique, 60, merupakan anak kepada bekas Perdana Menteri, Khaleda Zia dan kini memegang jawatan sebagai Pemangku Pengerusi BNP.
Sejak 1991, kuasa politik di Bangladesh banyak beralih antara Zia dan Hasina, kecuali pentadbiran sementara.
Dengan Parti Liga Awami pimpinan Hasina dihalang daripada bertanding pada pilihan raya 12 Februari, BNP kini dilihat berada di kedudukan dominan.
Pemimpin BNP memaklumkan, mereka sedang menyelaras aspek keselamatan bersama pihak berkuasa bagi memastikan mobilisasi yang disifatkan sebagai “tidak pernah berlaku sebelum ini”, dengan penyokong dijangka memenuhi laluan dari lapangan terbang ke lokasi perhimpunan.
“Ini akan menjadi detik politik yang menentukan,” kata pemimpin kanan BNP, Ruhul Kabir Rizvi.
Tarique menetap di London sejak 2008 selepas berdepan pelbagai sabitan jenayah di Bangladesh, termasuk pengubahan wang haram dan tuduhan berkaitan komplot membunuh Hasina.
Bagaimanapun, mahkamah telah membebaskannya selepas Hasina digulingkan, sekali gus menghapuskan halangan undang-undang yang menangguhkan kepulangannya.
Menurut pegawai BNP, Tarique akan terus ke lokasi perhimpunan sebaik tiba sebelum melawat ibunya yang dilaporkan sakit tenat.
Kepulangan ini berlaku ketika Bangladesh melalui fasa peralihan rapuh di bawah kerajaan sementara yang diketuai penerima Nobel, Muhammad Yunus.
Pilihan raya kali ini dilihat sebagai ujian penting terhadap kemampuan negara itu memulihkan legitimasi demokrasi selepas bertahun-tahun bergolak.
Namun, kebimbangan masih wujud berikutan insiden keganasan sporadik dan serangan terhadap media kebelakangan ini, menimbulkan persoalan mengenai keupayaan negara menjamin proses pengundian yang telus.
Parti Warganegara Nasional (NCP), yang lahir daripada gerakan protes anak muda yang menumbangkan Hasina, turut mengalu-alukan kepulangan Tarique.
“Tarique terpaksa hidup dalam buangan akibat tekanan dan ancaman, jadi kepulangannya membawa makna simbolik,” kata jurucakap NCP, Khan Muhammad Mursalin.
“Kehadirannya pasti menyuntik semangat kepada pemimpin dan penyokong parti… dalam usaha memulihkan demokrasi, kami akan berdiri bersamanya.” - Agensi
Topic Berkaitan
#Bangladesh
#Tarique Rahman
#parti Nasionalis Bangladesh
#BNP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan