awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pihak berkuasa Thailand tahan 27 Rohingya cuba masuki Malaysia

Bernama
Bernama
17/03/2017
23:45 MYT
Pihak berkuasa Thailand tahan 27 Rohingya cuba masuki Malaysia
Pihak berkuasa Thailand menahan 27 etnik Rohingya di Mukim Salamai, Takbai awal pagi tadi dalam cubaan menyeludup masuk ke Malaysia menerusi sempadan Kelantan. - Foto Bernama
Pihak berkuasa Thailand menahan 27 orang etnik Rohingya di Mukim Salamai, daerah Takbai pada Jumaat sebelum mereka diseludup masuk ke Malaysia menerusi sempadan di Kelantan.
Ketua Imigresen Wilayah Narathiwat Kolonel Noppadol Rakchart berkata kesemua etnik Rohingya itu, yang terdiri daripada 22 lelaki, tiga wanita dan dua kanak-kanak, ditahan dalam sebuah lori pada 1.30 pagi tadi (waktu tempatan).
"Pemandu lori berkenaan dikenali sebagai 'Somrak' berkata beliau membawa etnik Rohingya itu dari Ban Mod, Thung Krut di Bangkok ke Narathiwat sebelum diserahkan kepada kumpulan sindiket yang akan membawa mereka masuk ke Malaysia," katanya kepada pemberita.
'Somrak' telah dua kali membawa kumpulan rakyat Rohingya ke Narathiwat sebelum ini dan diberikan bayaran sebanyak Baht30,000 (RM3,800) bagi setiap perjalanan, katanya.
Menurutnya kesemua etnik Rohingya itu ditahan atas kesalahan memasuki Thailand secara haram manakala pemandu lori terbabit disiasat bagi mengenal pasti dalang sindiket itu.
Sementara itu, seorang etnik Rohingya yang bercakap menerusi penterjemah berkata mereka memasuki Thailand menerusi pintu sempadan Mae Sot di sempadan Thailand-Myanmar selepas membayar Baht15,000 (RM1,900) kepada sindiket.
-- Bernama
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#Rohingya
#sindiket
#Thailand
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan