awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pil cegah COVID-19 Pfizer dijangka siap hujung tahun ini

Agensi
Agensi
28/04/2021
04:20 MYT
Pil cegah COVID-19 Pfizer dijangka siap hujung tahun ini
Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer, Albert Bourla memberitahu CNBC bahawa pihaknya optimis pil tersebut akan dapat digunakan dalam masa terdekat - REUTERS
SYARIKAT farmaseutikal Pfizer menjangkakan pil pencegahan peringkat awal COVID-19 siap pada hujung tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Albert Bourla memberitahu CNBC bahawa pihaknya optimis pil tersebut akan dapat digunakan dalam masa terdekat.
“Sekiranya semuanya berjalan lancar, dan kita melaksanakan tahap kepantasan yang sama serta pihak pengawal selia melakukan hal yang sama, saya harap (ia boleh digunakan) pada hujung tahun ini,” katanya memetik laporan tersebut.
Ubat antivirus yang dikenali sebagai PF-07321332 dilaporkan mempunyai fungsi tertentu termasuk pesakit tidak perlu untuk ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
Dalam masa yang sama, Albert yakin pil tersebut lebih berkesan terhadap semua varian berbanding rawatan yang sedang digunakan ketika ini.
Pil PF-07321332 menjalani kajian fasa satu sejak awal Mac lalu.
Difahamkan, pil berkenaan sudah diberikan kepada 60 sukarelawan berusia antara 18 hingga 60 tahun di dua premis Pfizer di Amerika Syarikat (AS) dan Belgium
Bahan aktif dalam PF-07321332 dikatakan mampu mengikat enzim virus, sekali gus mencegah virus mereplika dalam sel.
Sebelum penggunaan vaksin termasuk Pfizer diluluskan, hanya ubat antivirus, Remdesivir yang mendapat kebenaran bagi merawat COVID-19.
Topic Berkaitan
#Belgium
#AS
#COVID-19
#Pfizer
#Pil Pfizer
#pandemik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan