Skip to main content

Malaysia

Speaker Dewan Rakyat sahkan terima notis peletakan jawatan Rafizi, Nik Nazmi

KUALA LUMPUR, 4 Nov -- Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul ketika undi berbelah bahagi pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga, Majlis Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini.  -- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Johari berkata telah memaklumkan SPR mengenai kekosongan luar jangka dua kerusi Parlimen itu selaras dengan Perkara 54 (1) Perlembagaan Persekutuan. - Gambar fail/Bernama

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Dr Johari Abdul telah menerima notis peletakan jawatan Datuk Seri Mohd Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad masing-masing sebagai Ahli Parlimen Pandan serta Setiawangsa berkuat kuasa pada 18 Mei.

Beliau berkata telah memaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai kekosongan luar jangka dua kerusi Parlimen itu selaras dengan Perkara 54 (1) Perlembagaan Persekutuan.

“Sebarang keputusan berkaitan pelaksanaan pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Pandan dan Parlimen Setiawangsa adalah tertakluk kepada pertimbangan dan keputusan SPR,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada Ahad lepas, Rafizi yang juga bekas Timbalan Presiden PKR dan Nik Nazmi bekas Naib Presiden PKR mengumumkan akan mengosongkan kerusi Parlimen mereka pada Isnin dan keluar parti berkuat kuasa Selasa melalui surat kepada Setiausaha Agung parti berkenaan.

Mereka kemudian mengambil alih sebuah parti politik dikenali Parti Bersama Malaysia (BERSAMA), sebuah parti politik kecil yang berpangkalan di Pulau Pinang.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement