awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pilihan Biden di White House dijangka mencerminkan kepelbagaian

Astro Awani
Astro Awani
18/11/2020
22:30 MYT
Pilihan Biden di White House dijangka mencerminkan kepelbagaian
Biden sebelum ini berjanji kepimpinan baharu White House nanti akan mencerminkan kepelbagaian rakyat Amerika Syarikat (AS). - AP
WASHINGTON:Bakal Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dijangka mengumumkan barisan petugas White House dalam masa terdekat.
Biden sebelum ini berjanji kepimpinan baharu White House nanti akan mencerminkan kepelbagaian rakyat Amerika Syarikat (AS).
Wartawan The Associated Press, Bill Barrow menjelaskan pasukan peralihan Biden menunjukkan bahawa beliau ingin melibatkan skop yang besar, bagi memenuhi janjinya yang diulang beberapa kali bahawa Kabinet dan kakitangannya akan mencerminkan negara.
Sementara itu, Biden memberitahu sudah memaklumkan awal lagi bahawa beliau ingin memastikan kempen itu mewakili dan mencerminkan AS.
“Kami telah melakukannya. Itulah rupa pentadbiran ini. Buat anda semua,” katanya.
Pemerhati turut menjangkakan pilihan Biden akan pelbagai, iaitu antara wajah baharu dan lama dalam pentadbiran Washington.
Kebanyakan individu dinamakan sebagai kakitangan White House membabitkan mereka yang terlibat dalam kempennya serta beberapa penasihat setia bersama Biden.
Setakat ini, calon Demokrat itu mengesahkan bekas pengurus kempen, Jen O'Malley Dillon akan menjawat sebagai Timbalan Ketua Turus White House.
O'Malley Dillon sebelum ini menjadi wanita pertama yang berjaya mengurus kempen Demokrat yang memberi kemenangan kepada Barack Obama untuk menduduki White House pada 2009 sehingga 2016.
Topic Berkaitan
#Barack Obama
#presiden
#AS
#White House
#Washington
#kabinet
#Bill Barrow
#O'Malley Dillon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan