LONDON: Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak menetapkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya negara itu.
Pengumuman tarikh penentuan itu dibuat di hadapan pejabat rasminya di 10th Downing Street, London pada Rabu.
Beliau dalam ucapannya berkata 'ini adalah masa untuk Britain menentukan masa depannya.'
"Raja Charles III telah memperkenan permohonan untuk membubarkan Parlimen dan kita akan mengadakan pilihan raya pada 4 Julai," katanya.
Pemimpin parti negara yang mempunyai sejarah sistem pentadbiran yang lampau itu lagi turut menyentuh isu yang paling menghimpit rakyat Britain iaitu berkenaan inflasi.
Jelas beliau, sepanjang menakhoda Parti Konservatif, kerajaannya berjaya menurunkan kadar inflasi kepada 2.3 peratus setakat April tahun ini.
Katanya, ia sekali gus membuktikan bahawa setiap pelan dan keutamaan agenda ekonominya berjaya.
"Ini adalah merupakan pencapaian ekonomi yang tidak mudah tetapi ia hanya satu permulaan buat Britain," jelasnya dalam ucapan sama.
Bagi pemerhati politik Britain, tarikh 4 Julai menjadi taruhan penting buat pentadbiran Britain kerana berdasarkan tinjauan semasa, Parti Buruh yang dipimpin Keir Starmer dari blok pembangkang mendahului 20 mata jangkaan keputusan pilihan raya dengan isu inflasi menjadi faktor utama penentuan.
Agensi
Wed May 22 2024

Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak menetapkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya negara itu. - Foto REUTERS/Hollie Adams
Boleh Pinjam RM5,000? - Penipuan guna nama Speaker Dewan Rakyat
“Selamat pagi, boleh pinjamkan saya lima ribu ringgit? Saya akan pulangkan esok pagi...”
Begitulah taktik terbaharu sindiket penipuan yang menyamar sebagai Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, dengan menghantar mesej WhatsApp kepada kenalan beliau.
Menurut Johari, bagi meyakinkan mangsa, sindiket tersebut turut menggunakan gambar profil beliau, menjadikan penipuan itu kelihatan lebih meyakinkan.
Begitulah taktik terbaharu sindiket penipuan yang menyamar sebagai Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, dengan menghantar mesej WhatsApp kepada kenalan beliau.
Menurut Johari, bagi meyakinkan mangsa, sindiket tersebut turut menggunakan gambar profil beliau, menjadikan penipuan itu kelihatan lebih meyakinkan.
Rosmah dibenar masukkan kerajaan, polis sebagai pihak ketiga
Datin Seri Rosmah Mansor diberi kebenaran memasukkan kerajaan dan Polis Diraja Malaysia sebagai pihak ketiga dalam saman 14.57 juta DOLAR AMERIKA difailkan terhadapnya oleh Global Royalty Trading SAL, yang berpangkalan di Lubnan, berhubung kehilangan lebih 40 barang kemas.
Lebih 340,000 akaun pengguna di Pulau Pinang terjejas pada April
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata gangguan itu susulan pelaksanaan 23 projek pemasangan paip dan kerja penting lain oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) yang melibatkan kos keseluruhan RM25 juta.
[TERKINI] Kapal selam pelancong tenggelam di Laut Merah Mesir, 6 maut
Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan sembilan lagi cedera pada Khamis apabila sebuah kapal selam pelancong tenggelam di Laut Merah, Mesir semasa lawatan di bandar peranginan Hurghada.
Zamri Vinoth ditahan polis
Pendakwah bebas, Zamri Vinoth ditahan polis kerana disyaki menghina agama Hindu dan menggugat ketenteraman awam melalui satu hantaran yang dimuat naik di Facebook.
Sapura Energy kembali raih untung, catat untung bersih RM189.53 juta
Sapura Energy Bhd kembali meraih keuntungan dengan mencatat keuntungan bersih sebanyak RM189.53 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Jan, 2025, berbanding kerugian bersih sebanyak RM508.66 juta setahun lepas.

Serangan udara baharu Israel ke atas Gaza, bunuh sekurang-kurangnya 20 rakyat Palestin
Sekurang-kurangnya 20 lagi rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara baharu Israel di Semenanjung Gaza pada Khamis di tengah-tengah serangan maut berterusan di kawasan itu.
Pemilik TikTok jadi individu terkaya di China
Indeks Jutawan Bloomberg pada Khamis menunjukkan bahawa Zhang Yiming kini merupakan individu ke-24 terkaya di dunia.
Turkiye tolak kenyataan prejudis komuniti antarabangsa
Ankara telah meminta negara-negara Eropah untuk bertindak dengan waras mengenai penahanan bekas Datuk Bandar Istanbul.
Protes di Indonesia, bantah pindaan undang-undang tentera
Protes tersebut dibuat selepas kumpulan pro-demokrasi dan hak asasi melihat pindaan undang-undang ketenteraan sebagai ancaman kepada demokrasi baharu negara.

Pilihan raya Britain: "Saya atau Starmer? Pilih yang ada rancangan..." - Rishi Sunak
Rakyat Britain perlu membuat pilihan terbaik demi masa depan generasi akan datang di saat dunia menyaksikan perpecahan masyarakat.

Pilihan raya Britain ditetap pada 4 Julai
Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak menetapkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya negara itu.