awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sean ‘Diddy’ Combs fail rayuan mohon dibebaskan segera dari penjara
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pilihan Raya Myanmar di tengah-tengah keganasan, Ketua PBB suarakan kebimbangan

Bernama
Bernama
31/01/2023
05:23 MYT
Pilihan Raya Myanmar di tengah-tengah keganasan, Ketua PBB suarakan kebimbangan
Guterres menyatakan solidariti dengan rakyat Myanmar dan menyokong aspirasi demokrasi mereka untuk membentuk masyarakat yang inklusif, aman dan adil serta perlindungan semua masyarakat termasuk Rohingya. - Foto fail/AP
NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Isnin menyuarakan kebimbangan mengenai hasrat junta Myanmar untuk mengadakan pilihan raya di tengah-tengah pengeboman udara dan pembakaran kediaman serta penangkapan, intimidasi dan gangguan yang berterusan terhadap pemimpin politik dan wartawan.
''Pilihan raya yang dicadangkan itu berisiko memburukkan lagi ketidakstabilan, kerana situasi terkini tidak membenarkan rakyat Myanmar melaksanakan tanggungjawab politik mereka secara bebas,'' lapor Agensi Anadolu, memetik jurucakapnya, Stephane Dujarric dalam satu kenyataan.
Pada minggu lalu, tentera berjanji untuk mengadakan pilihan raya baharu pada Ogos.
Setiausaha Agung itu turut menyatakan solidariti dengan rakyat Myanmar dan menyokong aspirasi demokrasi mereka untuk membentuk masyarakat yang inklusif, aman dan adil serta perlindungan semua masyarakat termasuk Rohingya.
Beliau mengutuk sekeras-kerasnya semua bentuk keganasan kerana krisis berbilang dimensi terus merosot dan mencetuskan implikasi serantau yang serius.
Guterres juga memperbaharui gesaannya agar negara jiran dan negara anggota lain mengambil tindakan dengan mendesak kepimpinan tentera menghormati kehendak dan keperluan rakyat Myanmar serta mematuhi norma demokrasi, kata Dujarric.
Pada 1 Feb 2021, kerajaan Aung San Suu Kyi telah digulingkan dalam rampasan kuasa tentera selepas kemenangan parti Liga Kebangsaan untuk Demokrasi dalam pilihan raya negara pada November 2020.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Myanmar
#Aung San Suu Kyi
#pilihan raya
#Antonio Guterres
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan