NAYPYITAW:Keputusan pilihan raya Myanmar berkemungkinan besar diumum hari ini dengan parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) pimpinan Canselor Aung San Suu Kyi dijangka beroleh kemenangan selesa dalam proses itu.
Penganalisis melihat pilihan raya itu sebagai referendum terhadap pemerintahan awam yang masih popular di sebalik reputasi beliau yang tercalar kerana membisu dalam banyak isu melibatkan hak asasi manusia.
Suu Kyi mendapat sokongan secara keseluruhannya selepas dianggap pahlawan demokrasi dalam perjuangannya menentang diktator.
Kemenangan besar pada 2015 juga mengakhiri lebih dari setengah abad pemerintahan tentera.
Walaupun Myanmar merekodkan 1,100 kes baharu COVID-19, perkara itu tidak menghalang rakyatnya keluar mengundi melibatkan seramai 37 juta pengundi seluruh negara.
Di bandar terbesar, Yangon, pengundi beratur panjang memakai pelitup muka dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Lebih sejuta pengundi layak di seluruh negara tidak dapat mengundi setelah pemilihan dibatalkan kerana pemberontakan.
Ratusan ribu etnik Rohingya yang tinggal di kem dan kampung di negeri Rakhine juga tidak dapat mengundi.
Parti Rohingya iaitu parti Demokrasi dan Hak Asasi Manusia berkata mereka "sangat kecewa" bahawa kerana etnik itu dilucutkan hak warganegara.
Suruhanjaya Pilihan Raya menyatakan pengundian di daerah-daerah yang terkena konflik harus dibatalkan atas alasan keselamatan dan hanya warganegara yang berhak memilih.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan pembunuhan beramai-ramai Rohingya pada 2017 oleh tentera Myanmar mendorong 730,000 etnik Islam itu melarikan diri ke negara jiran Bangladesh.
Pemenang hadiah Nobel Keamanan, Suu Kyi, 75, masih terkenal di Myanmar di mana tinjauan baru-baru ini mendapati 79 peratus masyarakat menganggapnya sebagai tokoh yang paling dipercayai di negara itu.
Namun, wilayah terpencil yang diduduki etnik minoriti sering merasakan diketepikan oleh kerajaan pusat yang cenderung kepada Buddha Bamar.
Antara rintangan bagi beberapa pembaharuan NLD adalah perlembagaan yang menjamin tentera menjadi kepentingan politik, termasuk kuota 25 peratus kerusi perundangan.
Agensi
Mon Nov 09 2020

Walaupun Myanmar merekodkan 1,100 kes baharu COVID-19, perkara itu tidak menghalang rakyatnya untuk keluar mengundi melibatkan seramai 37 juta pengundi seluruh negara. -AP Newsroom

Kes aktif kini lebih 37,000: Ini fakta situasi COVID-19 hari ini
Berikut perincian kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

COVID-19: 4,029 jangkitan, kes harian paling tinggi!
Ia menjadikan jumlah kes aktif yang sedang dirawat kini adalah 37,126 kes dengan 205 kini di unit rawatan rapi (ICU) dan 79 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jurukimpal maut, 2 cedera akibat letupan di kilang
Kesemua mangsa sedang melakukan kerja-kerja pengimpalan di sebuah tangki dalam kilang memproses produk kelapa sawit ketika kejadian.

Majlis Presiden PH bincang kerjasama Anwar, Tun M
Difahamkan isu kerjasama dengan Mahathir dibangkitkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada penghujung mesyuarat tersebut yang diadakan pada 11 Januari lalu.

AmBank beri moratorium enam bulan kepada mangsa banjir
Moratorium itu merangkumi ansuran bulanan atau pembayaran balik bagi semua fasiliti pinjaman dan pembiayaan termasuk kemudahan kad kredit.

Sidang media dalam talian, parti politik sambut baik cadangan NUJ
Parti politik menyambut baik cadangan Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) yang mencadangkan ahli politik mengadakan sidang media secara dalam talian.

Penduduk anggap banjir di Pitas paling buruk pernah dihadapi
Daerah Pitas yang paling terjejas akibat banjir di Sabah malah terputus hubungan beberapa hari lalu apabila banyak jalan dan jambatan utama rosak.

Sarawak laksanakan PKPB selama 14 hari bermula Isnin depan
Sarawak hari ini memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selama 14 hari di seluruh bahagian di negeri itu kecuali bahagian Sibu.

PKP 2.0: Hari pertama pelaksanaan PKP di Kelantan
Jalan sekitar bandar Kota Bharu, serta lokasi-lokasi yang sering menjadi tumpuan seperti pasar awam dan sebagainya lengang seketika pagi tadi. Ianya berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, PKP 2.0 yang mulai dikuatkuasakan hari ini.

PKP 2.0: Ada peniaga ingkar arahan MKN
Meskipun sudah empat hari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan tetapi masih terdapat pemilik premis perniagaan tidak peka dengan SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara. Tinjauan Astro AWANI di Melaka mendapati, ada antara premis yang tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP, kekal menjalankan perniagaan dengan alasan remeh seperti tidak tahu sama ada sektor perniagaan mereka boleh dibuka ataupun tidak.

Pilihan raya Myanmar: Proses buang undi selesai, keputusan dijangka hari ini
Walaupun Myanmar merekodkan 1,100 kes baharu COVID-19, perkara itu tidak menghalang rakyatnya untuk keluar mengundi melibatkan seramai 37 juta pengundi seluruh negara.