Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 3 November 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 3 November 2025.
Lawatan ini mencatat sejarah sebagai kunjungan pertama Yang di-Pertuan Agong ke Arab Saudi sejak 1984.
Wanita yang sedang mengandungkan anak sulung itu pulang ke Golok, Thailand pada malam tadi untuk berada di samping keluarganya.
Suspek berusia 30-an itu memiliki dua kerakyatan, iaitu Thailand dan Malaysia.
Suspek ditahan bersama dua pucuk pistol bagi membantu siasatan berhubung kes tembak rakyat Malaysia, Mohd Fuad Fahmie Ghazali di Sungai Golok di sini pada Sabtu.
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dijangka mengumumkan senarai calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 pada 11 atau 12 Nov ini.
Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Perjanjian Perdagangan Timbal Balik (ART 2025) yang ditandatangani antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) bersifat berat sebelah.
Seorang saksi pendakwaan dalam perbicaraan kes gangguan seksual membabitkan Ebit Erawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew, memberitahu Mahkamah Majistret di sini hari ini bahawa akaun Instagram milik tertuduh dikendalikan oleh pendakwah itu sendiri.
Ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin, berhubung keputusan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, yang mensabitkan kesalahan dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun kerana mengabaikan kanak-kanak autisme itu, dua tahun lalu.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keadaan kesihatan beliau beransur pulih serta mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraannya.
Menara Merdeka 118 secara rasminya diiktiraf sebagai Bangunan Tinggi Terbaik (300 meter ke atas) oleh Council on Vertical Urbanism (CVU) sekali gus menandakan satu lagi pencapaian membanggakan Malaysia di pentas dunia.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


