MOSCOW: Pilihan Raya Presiden Rusia yang dijadualkan bermula hari ini akan dipantau oleh delegasi dari 36 negara dan lima pertubuhan antarabangsa.
Agensi berita Sputnik melaporkan Timbalan Speaker Majlis Persekutuan Rusia, Konstantin Kosachev berkata, ia termasuk delegasi Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA) dan Parlimen Amerika Tengah (PARLACEN).
Secara keseluruhan, beliau berkata, lebih 200 pemerhati parlimen dan berpuluh-puluh lagi pakar pilihan raya telah diberikan tauliah melalui Majlis Persekutuan.
Malah jumlah itu berkemungkinan akan meningkat selepas ini.
Rakyat Rusia akan keluar mengundi dari 15 hingga 17 Mac pada Pilihan Raya Presiden kali ini.
Penyandang Presiden, Vladimir Putin, akan dicabar beberapa calon lain, termasuk Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Artik dan Timur Jauh Dewan Rakyat, Nikolai Kharitonov, Timbalan yang Dipertua Dewan Rakyat, Vladislav Davankov dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Antarabangsa Dewan Rakyat, Leonid Slutsky.
Astro Awani
Thu Mar 14 2024
Pekerja Suruhanjaya Pilihan Raya sedang menyiapkan kertas undi di sebuah pusat pengundian Moscow, Rusia. - Foto REUTERS
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Ketua pembangkang Korea Selatan didapati bersalah berbohong semasa kempen presiden
Jika keputusan itu dikekalkan, Lee boleh kehilangan kerusi parlimennya dan dilarang bertanding dalam pilihan raya presiden 2027.
Pasaran saham AS pamer tanda positif di tengah pilihan raya presiden
Pasaran saham Amerika Syarikat mencatatkan keuntungan pada Selasa ketika pilihan raya presiden AS sedang berlangsung.
Negeri Washington siap siaga tempatkan Pengawal Kebangsaan menjelang pilihan raya
Satu peti undi awal dibakar di Vancouver, Washington, pada awal minggu ini, mengakibatkan ratusan kertas undi musnah.
Peningkatan pengundi baharu dalam undian awal boleh ubah haluan negeri penentu di AS
Dengan hampir 60 juta undi telah disempurnakan, data undian awal memberikan gambaran mengenai kedinamikan perlumbaan presiden tahun ini.
Pemilihan Presiden AS: Trump dahului Harris 2 peratus - Tinjauan
Tinjauan menunjukkan bahawa 47 peratus pengundi di AS akan memilih Trump, berbanding 45 peratus untuk Harris.
Elon Musk bagi dana politik RM322 juta untuk kempen Trump
Sumbangan dana politik itu menunjukkan pengaruh besar Musk dalam menyokong kempen Trump sempena pilihan raya 5 November ini.
Presiden Tunisia Kais Saied dijangka menang pilihan raya - Tinjauan
Berdasarkan tinjauan, Saied memperoleh 89.2 peratus undi, diikuti Ayachi Zammel dengan 6.9 peratus dan Zouhair Maghzaoui dengan 3.9 peratus.
Evo Morales tidak layak bertanding Pilihan Raya Presiden 2025
Sekatan itu berpunca daripada Perlembagaan negara bukannya keputusan yang dibuat oleh pentadbiran semasa.
Pilihan Raya Presiden Sri Lanka masuk pusingan kedua pengiraan undi
Pilihan raya presiden negara itu memasuki pengiraan undian pusingan kedua.
Pengundian Pilihan Raya Presiden Sri Lanka berakhir dengan aman
Kira-kira 63,000 pegawai polis ditugaskan untuk memastikan proses pengundian berjalan lancar dan selamat.