Skip to main content

Malaysia

Jabatan Kecemasan HKL seperti 'zon perang' disebabkan kerja naik taraf

KUALA LUMPUR, 4 Mac -- Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr. Harikrishna K. R. Nair ketika bertemu pengamal media selepas Program CSR Ramadan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di Hospital Kuala Lumpur hari ini.  -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Dr Harikrishna berkata Jabatan Kecemasan dan Trauma HKL terpaksa beroperasi di kawasan yang mengecil sebanyak 50 peratus. - Gambar fail/Bernama

KUALA LUMPUR: eadaan Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang digambarkan seperti 'zon perang' dalam media sosial baru-baru ini, adalah disebabkan proses naik taraf yang sedang dilaksanakan.

Pengarah HKL Datuk Dr Harikrishna K. R. Nair dalam satu kenyataan berkata jabatan berkenaan terpaksa beroperasi di kawasan yang mengecil sebanyak 50 peratus, manakala baki 50 peratus keluasan digunakan bagi laluan projek naik taraf berkenaan.  

Advertisement

"Projek ini dilaksanakan sebagai perancangan strategik untuk menampung kapasiti pesakit yang bertambah bagi keselesaan pesakit, dan jangkaan siap projek adalah pada akhir tahun 2026," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata infrastruktur yang kelihatan uzur pada masa ini adalah bersifat sementara, ekoran proses ubah suai itu, malah kerusi bagi pesakit dan waris yang menunggu akan ditambah mengikut kapasiti khemah menunggu sedia ada bagi meningkatkan keselesaan pelanggan.

Dr Harikrishna berkata walaupun berdepan kekangan ruang luaran, HKL memberikan jaminan operasi jabatan berjalan lancar, dan semua kes diberikan perawatan mengikut prosedur operasi standard (SOP) dengan mengamalkan prinsip 'no wrong door'.  

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video