awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pilkada 2020 dibimbangi burukkan lagi pandemik COVID-19 di Indonesia

Bernama
Bernama
09/09/2020
21:27 MYT
Pilkada 2020 dibimbangi burukkan lagi pandemik COVID-19 di Indonesia
Joko Widodo pada Selasa melahirkan kebimbangan Pilkada 2020 boleh mencetuskan kluster besar kepada penularan virus COVID-19 di Indonesia. - Gambar fail
Kes positif COVID-19 di Indonesia meningkat kepada 203,342 kes pada Rabu, dan dikhuatiri mencatatkan peningkatan ketara menjelang Pilihan Raya Kepala Daerah 2020 pada Disember depan.
Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, www.covid19.go.id pada Rabu, sebanyak 3,307 kes positif baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam manakala 92,330 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus itu.
Bagi tempoh 12 tengah hari Selasa sehingga 12 tengah Rabu, sebanyak 106 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kematian keseluruhan di republik itu kini 8,336 orang.
Provinsi Jakarta mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik ini iaitu 49,397 kes dengan tambahan 1,004 kes baharu, manakala provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 2,646 orang iaitu 38 lagi kematian dalam tempoh 24 jam.
Pengundian Pilkada 2020 pada awalnya dijadualkan pada 23 Sept ini, namun ditunda sehingga 9 Dis berikutan pandemik COVID-19.
Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) dalam satu kenyataan di Istana Negara pada Selasa, melahirkan kebimbangan Pilkada 2020 boleh mencetuskan kluster besar kepada penularan virus COVID-19 di Indonesia.
"Hati-hati kluster Pilkada ini. Agar ini selalu diingatkan. Penegak hukum, polis, tentera, tokoh masyarakat, hendaklah bersama-sama mendisiplinkan masyarakat melaksanakan protokol kesihatan," katanya.
Jokowi berkata beliau telah mengarahkan Menteri Dalam Negeri Tito Karnavian, Komisi Pemilihan Umum Indonesia, polis dan tentera melaksanakan langkah sewajarnya dalam memastikan aktiviti kempen Pilkada 2020 mematuhi prosedur kesihatan COVID-19.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Indonesia
#Jakarta
#Joko Widodo
#pandemik
#pemilihan
#pilihan raya
#Pilkada
#prosedur kesihatan
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan