awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua NATO sambut baik kemajuan usaha 'tamatkan perang Ukraine'
Vaksinasi COVID-19: Mahkamah tolak rayuan guru, staf UM
Cadangan had tempoh PM tidak rugikan negara - AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKS Jerman semakin beralih ke India - Tinjauan

Bernama
Bernama
27/07/2024
20:00 MYT
PKS Jerman semakin beralih ke India - Tinjauan
India telah menjadi negara bukan Eropah yang paling menarik bagi PKS Jerman yang menyusun semula rantaian bekalan mereka. - Foto fail/REUTERS
BERLIN: Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Jerman semakin membuka mata mereka untuk meluaskan rantaian bekalan mereka ke India, sementara Amerika Syarikat semakin hilang populariti sebagai sebuah lokasi perniagaan menurut satu tinjauan baharu, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Susulan beberapa tahun yang penuh pergolakan akibat pandemik global, konflik Rusia-Ukraine, dan kenaikan harga tenaga yang mendadak menggoncang perdagangan global, kira-kira 40 peratus PKS Jerman merancang untuk menyusun semula rantaian bekalan mereka, menurut tinjauan yang dijalankan oleh DZ Bank yang diberikan kepada dpa.
Terutamanya syarikat besar dengan perolehan tahunan EUR50 juta (AS$54.3 juta) sedang mempertimbangkan untuk memperluaskan hubungan perdagangan dengan India, menurut tinjauan itu.
Kira-kira 15 peratus PKS Jerman merancang untuk beralih ke India bagi memperluaskan rantaian bekalan mereka dalam tempoh lima tahun akan datang, meningkat daripada kira-kira 10 peratus pada 2022, menurut tinjauan itu.
Keputusan itu menunjukkan bahawa India telah menjadi "negara bukan Eropah yang paling menarik bagi PKS yang menyusun semula rantaian bekalan mereka," kata DZ Bank, yang mengkaji lebih daripada 1,000 pengarah urusan dan pembuat keputusan.
Banyak syarikat telah mengiktiraf momentum pertumbuhan yang kuat di negara paling ramai penduduk di dunia itu, katanya.
China juga semakin mendapat semula populariti dalam kalangan PKS, walaupun terdapat ketegangan dengan Taiwan, menurut tinjauan yang dijalankan antara 5 Mac hingga 2 April itu.
"Fakta bahawa India dan Asia Tenggara semakin penting adalah terutamanya disebabkan oleh syarikat-syarikat yang mencari untuk mempelbagaikan rantaian bekalan mereka di tengah ketidakpastian politik yang semakin meningkat," kata penganalisis DZ Bank Claus Niegsch.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pks jerman
#India
#perniagaan
#tinjauan global
#bisnes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan