awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Platform X benarkan semula iklan politik

Bernama
Bernama
30/08/2023
05:11 MYT
Platform X benarkan semula iklan politik
Pada masa yang sama, platform itu akan mengenakan beberapa peraturan terhadap penyebaran mesej politik berbayar. -Freepik
SAN FRANCISCO: Platfrom X (Twitter) Elon Musk, kini kembali menerima iklan politik, selepas kira-kira empat tahun, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
Larangan yang diperkenalkan pada Oktober 2019 itu pada mulanya akan ditarik balik di Amerika Syarikat, menurut hantaran blog itu pada Selasa.
Bekas ketua Twitter Jack Dorsey yang mewajarkan larangan itu berkata capaian politik perlu diperoleh dan bukan dibeli.
X kini merujuk komitmen perkhidmatannya kepada kebebasan bersuara.
Pada masa yang sama, platform itu akan mengenakan beberapa peraturan terhadap penyebaran mesej politik berbayar.
Mesej politik dilarang mengandungi maklumat palsu atau mengelirukan. Ini termasuk gambaran salah yang bertujuan menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap kesahihan pilihan raya.
Sekatan ini mungkin mengehadkan cara bekas presiden Donald Trump dan penyokongnya menggunakan X dalam kempen presiden 2024.
Apa pun hakikatnya, Trump tetap mendakwa bahawa pilihan raya lepas "telah dicuri" daripadanya.
Musk telah mengaktifkan semula akaun Trump yang telah lama diharamkan pada perkhidmatan itu. Setakat ini, bekas presiden itu hanya sekali menggunakannya, memuat naik gambar mugshot yang dirakam oleh polis.
Trump aktif di rangkaian media sosialnya sendiri, Truth Social.
Rangkaian itu kini hanya mempunyai 6.4 juta pelanggan,manakala di X beliau berjaya mendapatkan lebih 80 juta pengikut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#platform X
#Twitter
#Elon Musk
#iklan politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan