PM Australia umum tindakan tegas bendung penyebaran kebencian selepas insiden tembakan di Bondi Beach

Ausralia akan memulakan usaha reformasi yang merangkumi pengenalan kesalahan jenayah baharu berkaitan ucapan kebencian oleh pemimpin yang menggalakkan keganasan, selain peningkatan hukuman. - Foto Reuters
CANBERRA: Perdana Menteri Australia Anthony Albanese pada Khamis mengumumkan tindakan tegas kerajaan bagi membendung penyebaran "kebencian, perpecahan dan fahaman radikal" susulan insiden tembakan di Bondi Beach, lapor Xinhua.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese, mengumumkan tindakan tegas kerajaan untuk membendung penyebaran kebencian dan fahaman radikal selepas insiden tembakan di Bondi Beach.
- Reformasi yang dicadangkan merangkumi pengenalan kesalahan jenayah baharu berkaitan ucapan kebencian dan peningkatan hukuman terhadap perbuatan sedemikian.
- Sistem baharu akan dibangunkan bagi menyenaraikan organisasi yang pemimpinnya terlibat dalam ucapan kebencian yang menggalakkan keganasan atau kebencian berasaskan kaum.
Kerajaan juga akan membangunkan sistem baharu bagi menyenaraikan organisasi yang pemimpinnya terlibat dalam ucapan kebencian yang menggalakkan keganasan atau kebencian berasaskan kaum.
Selain itu, Albanese berkata Menteri Dalam Negeri akan diberikan kuasa baharu untuk membatalkan atau menolak visa individu yang menyebarkan kebencian dan perpecahan di Australia, atau berpotensi berbuat demikian sekiranya dibenarkan memasuki negara itu.
Dalam pada itu, satu pasukan petugas baharu selama 12 bulan akan ditubuhkan bagi memastikan sistem pendidikan Australia berupaya mencegah, menangani dan memberi respons yang sewajarnya terhadap anti-Yahudi, katanya.
Pengumuman itu dibuat susulan insiden tembakan yang mengorbankan 15 orang ketika satu acara meraikan hari pertama perayaan Yahudi Hanukkah di Bondi Beach, Sydney pada malam Ahad.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


