Srettha Thavisin secara rasminya menjadi Perdana Menteri baharu Thailand selepas mendapat perkenan diraja.
Srettha yang berusia 61 tahun menerima titah bertulis dari Raja Maha Vajiralongkorn dalam satu majlis di ibu pejabat Pheu Thai petang ini - sehari selepas beliau mendapat sokongan dari 482 Ahli Parlimen dalam satu persidangan bersama 747 Anggota Parlimen.
Beliau memberikan penghormatan kepada potret Raja sebagai tanda simbolik penerimaan Titah Diraja untuk menjadi perdana menteri.
"Saya, Srettha Thavisin, ingin berkhidmat sebagai perdana menteri yang berdedikasi dan bekerja keras, mendengar suara rakyat, dan memajukan Thailand bagi mencipta masa depan yang lebih baik untuk anak-anak kita. Terima kasih," katanya selepas menerima perkenan diraja.
Srettha dijangka mengumumkan anggota Kabinetnya dan mendapatkan perkenan diraja dalam tempoh beberapa hari akan datang.
Beliau berjanji untuk mempromosikan masyarakat inklusif, melaksanakan dasar-dasar untuk mengatasi cabaran negara, dan membantu Thailand bergerak ke hadapan.
Beliau berkata Thailand berada di persimpangan penting, menghadapi pelbagai krisis dan masalah, termasuk ekonomi dan ketidaksamaan pendapatan, cabaran dasar luar, rasuah, salah laku, dan ketidakadilan.
"Saya akan memberi keutamaan kepada kepentingan negara dan rakyat. Saya percaya kita boleh membina masa depan yang lebih baik untuk negara kita dalam empat tahun yang akan datang," katanya.
Srettha adalah Perdana Menteri dari kalangan masyarakat awam pertama Thailand dalam tempoh lebih sembilan tahun.
Beliau memimpin kerajaan gabungan 11 parti termasuk dua pesaing berkaitan dengan tentera: Parti Palang Pracharath (PPRP) dan United Thai Nation (UTN).
Gabungan berkenaan mempunyai 314 kerusi dalam Dewan Rakyat yang mempunyai 500 anggota.
Parti Pheu Thai, yang menduduki tempat kedua dalam pilihan raya umum dengan 141 kerusi, telah bersatu dengan dua parti yang disokong tentera untuk membentuk kerajaan dan mengakhiri kebuntuan politik selepas pilihan raya umum.
Sementara itu, Perdana Menteri sementara, Prayuth Chan o-cha, mengucapkan tahniah kepada Srettha dan mendoakan kejayaan bagi beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 23 2023
Srettha Thavisin secara rasminya menjadi Perdana Menteri baharu Thailand selepas mendapat perkenan diraja. - Foto REUTERS
Isu stoking: Pengarah KK Mart, isteri akan kemuka representasi kepada AGC
Pengarah KK Mart yang berdepan dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.
Inisiatif IHH Healthcare lancar pemasangan panel solar wajar jadi contoh - Fadillah Yusof
IHH Healthcare Malaysia mencatatkan pencapaian baharu dengan melancarkan inisiatif pemasangan panel solar di seluruh rangkaian hospitalnya sekali gus menjadikannya pelopor.
Che'gu Bard akan didakwa di Johor Bahru esok
Che'gu Bard berkata, ia dipercayai berhubung kenyataannya mengenai isu kasino di Forest City, Johor.
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Farah Ain
Ahmad Zahid mengucapkan tahniah kepada atlet boling padang Nor Farah Ain Abdullah yang muncul juara pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024.
Raih RM31 juta sejak ditayangkan! Sheriff kini filem no. 1 di Malaysia
Berita gembira ini turut disokong oleh abang Syafiq, Syamsul Yusof yang turut bangga dengan kejayaan naskhah yang dihasilkan adiknya.
Letupan bom Sungai Golok: PDRM tingkat kawalan keselamatan sempadan Malaysia-Thailand
PDRM mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan bom dan bunyi tembakan di Sungai Golok.
Pemain ragbi meninggal dunia selepas perlawanan pasukan pilihan MB Kedah
Seorang bekas pemain Sukma Kedah meninggal dunia selepas menyertai perlawanan pertunjukan pasukan pilihan Menteri Besar Kedah pada Ahad.
OCC: Masih banyak usaha perlu dibuat dalam isu hak kanak-kanak
Masih banyak yang perlu dilakukan kerana Malaysia masih ketinggalan berbanding negara lain dalam menangani isu penderaan dan masalah sosial melibatkan kanak-kanak.
iPad Pro mungkin dijana dengan cip Apple M4 terbaharu, fokus ciri AI
Cip Apple M4 dijangka memfokuskan kepada keupayaan enjin neural yang disertakan bersama dengannya membolehkan ia menawarkan ciri AI yang lebih baik.
Lebih 840,000 permohonan untuk London Marathon 2025 pecah rekod dunia
Jumlah permohonan untuk menyertai larian TCS London Marathon tahun depan telah memecahkan rekod dunia.
Thailand: Enam muka baharu sertai Kabinet Srettha
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin melantik enam menteri kabinet baharu.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
PM Thailand minta bank tawar kadar faedah lebih rendah untuk bantu ekonomi
Kumpulan terdedah seperti PKS mempunyai masalah dengan kadar faedah yang tinggi, tegas Srettha Thavisin.
PM Srettha bakal lawat tiga wilayah di selatan Thailand
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin dijadual melawat tiga wilayah di selatan iaitu Pattani, Yala dan Narathiwat untuk mempromosikan pelancongan selain merangsang ekonomi tempatan.
PM Thailand ikrar bawa Taylor Swift, artis gred A ke Thailand
Kenyataan itu dibuat selepas berita Taylor Swift hanya akan singgah di Singapura, satu-satunya destinasi Asia Tenggara dalam The Eras Tour.
Thailand rancang perkenal visa Muay Thai
Kerajaan Thailand sedia menawarkan individu yang berminat untuk mempelajari Muay Thai dengan visa khas 90 hari (berbanding visa standard 60 hari).
Thailand, AirAsia bincang tambah perjalanan udara
Thailand merancang menambah penerbangan keluar dan masuk yang menghubungkan bandar utama dan bandar lain bagi merangsang ekonomi.
Parlimen Thailand lulus belanjawan 3.48 trillion baht
Bajet 2024 Thailand bertujuan merangsang pertumbuhan ekonomi berjaya menempuh halangan pertama di Parlimen pada malam Jumaat, selepas tertangguh akibat kebuntuan politik selama tiga bulan.
PM Thailand janji perkukuh hubungan di sempadan Thailand-Malaysia
Perdana Menteri Srettha Thavisin mahu mengeratkan hubungan Thailand-Malaysia melalui kerjasama yang dipertingkatkan.
Thailand sedia kerjasama dengan Malaysia, promosi Langkawi, Phuket - PM Anwar
Perkara itu telah dipersetujui dalam pertemuan Anwar dengan rakan Srettha Thavisin yang berlangsung di Phuket, pada Selasa.