awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Malaysia, Arab Saudi bakal meterai perjanjian kerjasama pertahanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Britain panggil sidang Parlimen tergempar untuk selamatkan loji keluli utama

Bernama
Bernama
12/04/2025
11:20 MYT
PM Britain panggil sidang Parlimen tergempar untuk selamatkan loji keluli utama
Keir Starmer (foto) memanggil Parlimen untuk bersidang secara tergempar bagi mempercepatkan penggubalan undang-undang menyelamatkan loji keluli British Steel di Scunthorpe. -Gambar fail/AP
LONDON: Perdana Menteri Britain Keir Starmer telah memanggil Parlimen untuk bersidang secara tergempar pada Sabtu bagi mempercepatkan penggubalan undang-undang yang bertujuan menyelamatkan loji keluli British Steel di Scunthorpe daripada ditutup, lapor Xinhua.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Keir Starmer memanggil Parlimen untuk bersidang secara tergempar bagi mempercepatkan penggubalan undang-undang menyelamatkan loji keluli British Steel di Scunthorpe.
  • Rang Undang-Undang Industri Keluli (Langkah Khas) akan memberikan kuasa kepada Setiausaha Perniagaan untuk campur tangan dalam operasi syarikat bagi memastikan pengeluaran diteruskan.
  • Loji Scunthorpe penting kepada infrastruktur industri dan strategik Britain, menghasilkan sebahagian besar landasan kereta api dan satu-satunya loji keluli di Britain yang masih mampu menghasilkan keluli daripada bijih besi.

Rang Undang-Undang (RUU) Industri Keluli (Langkah Khas), yang dijangka diluluskan dalam tempoh sehari, akan memberikan kuasa kepada Setiausaha Perniagaan untuk campur tangan secara langsung dalam operasi syarikat itu bagi memastikan pengeluaran diteruskan, menurut laporan media tempatan.
Di bawah RUU itu, Setiausaha Perniagaan diberi kuasa untuk mendapatkan bahan mentah, mengarahkan pihak pengurusan meneruskan operasi relau, serta mengambil semula pekerja yang telah diberhentikan bagi memastikan loji terus beroperasi.
Loji Scunthorpe dianggap penting kepada infrastruktur industri dan strategik Britain. Ia menghasilkan sebahagian besar landasan kereta api di negara itu dan merupakan satu-satunya loji keluli di Britain yang masih mampu menghasilkan keluli daripada bijih besi.
British Steel sebelum ini mengumumkan rancangan untuk menutup relau bagas di Scunthorpe, dengan alasan mengalami kerugian kewangan. Kerajaan memberi amaran bahawa langkah itu boleh menjejaskan sehingga 3,000 pekerjaan dan menghapuskan satu-satunya keupayaan negara itu untuk menghasilkan keluli sedemikian.
Sekiranya relau bagas itu ditutup secara kekal, Britain akan menjadi satu-satunya negara dalam Kumpulan Tujuh (G7) yang tidak lagi memiliki keupayaan untuk mengeluarkan keluli sedemikian, satu senario yang menurut pegawai boleh memberi kesan besar kepada pertahanan negara dan kebebasan ekonomi.
--BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#Keir Starmer
#sidang tergempar
#Parlimen
#loji keluli British Steel
#scunthorpe
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan