awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Jepun adakan lawatan sulung ke Korea Selatan sejak 12 tahun

Bernama
Bernama
07/05/2023
06:21 MYT
PM Jepun adakan lawatan sulung ke Korea Selatan sejak 12 tahun
Kishida (kiri) tiba di Korea Selatan pada Ahad bagi menghadiri sidang kemuncak dengan Presiden Yoon Suk Yeol, sekali gus menandakan hubungan "diplomasi dua hala" antara kedua-dua pemimpin disambung semula selepas 12 tahun. -Reuters
SEOUL: Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida tiba di Korea Selatan pada Ahad bagi menghadiri sidang kemuncak dengan Presiden Yoon Suk Yeol, sekali gus menandakan hubungan "diplomasi dua hala" antara kedua-dua pemimpin disambung semula selepas 12 tahun.
Lawatan Kishida itu berikutan keputusan Seoul pada Mac lalu untuk memberi pampasan kepada mangsa rakyat Korea yang menjadi buruh paksa ketika zaman perang.
Yoon mengadakan lawatan ke Tokyo 10 hari selepas keputusan itu diumumkan dan mengadakan sidang kemuncak dengan Kishida, lapor Yonhap.
Beliau menjadi presiden Korea Selatan pertama yang melakukan lawatan ke Jepun dalam tempoh 12 tahun.
Lawatan dua hari Kishida juga merupakan lawatan dua hala pertama oleh seorang pemimpin Jepun dalam tempoh 12 tahun, menandakan penyambungan semula "diplomasi dua hala", seperti dipersetujui antara Yoon dan Kishida semasa sidang kemuncak mereka di Tokyo pada Mac.
Sejurus tiba, perdana menteri Jepun menuju ke Tanah Perkuburan Kebangsaan Seoul dan memberi penghormatan kepada pejuang kemerdekaan serta veteran perang Korea yang gugur.
Beliau kemudiannya akan mengadakan sidang kemuncak dengan Yoon di pejabat presiden, mengadakan sidang media bersama dan menghadiri jamuan makan malam bersama Yoon dan wanita pertama Kim Keon Hee di kediaman rasmi presiden, menurut sumber diplomatik.
Dalam lawatan itu, Kishida ditemani isterinya, Yuko.
Sidang kemuncak itu akan mengetengahkan isu-isu mengenai keselamatan, industri berteknologi tinggi, sains dan teknologi, kerjasama dalam hal ehwal belia dan kebudayaan, menurut pejabat presiden.
Korea Utara dijangka menjadi agenda utama apabila Korea Selatan berusaha mengukuhkan kerjasama dengan Jepun serta Amerika Syarikat untuk mengatasi ancaman yang semakin meningkat ditimbulkan oleh program nuklear dan peluru berpandu Korea Utara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jepun
#Korea Selatan
#Fumio Kishida
#Yoon Suk Yeol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan