awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Kanada umum pilihan raya, dakwa Trump ancam kedaulatan

Astro Awani
Astro Awani
24/03/2025
00:00 MYT
PM Kanada umum pilihan raya, dakwa Trump ancam kedaulatan
Keputusan Carney mengadakan pilihan raya lebih awal dibuat selepas pemulihan mendadak Parti Liberal dalam tinjauan pendapat sejak Januari lalu. - Foto fail/REUTERS
Perdana Menteri Kanada, Mark Carney, umum pilihan raya awal akan diadakan pada 28 April ini dalam usaha mendapatkan mandat lebih kukuh untuk menangani ancaman yang didakwa berpunca daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Katanya, Kanada sedang berdepan dengan krisis paling besar akibat daripada tindakan perdagangan tidak adil oleh Trump serta ancamannya terhadap kedaulatan negara.
Carney berkata demikian kepada pemberita selepas ketua Gabenor, wakil peribadi Raja Charles, meluluskan permohonan untuk mengadakan pilihan raya.
Menurut Carney, Trump mahu melemahkan Kanada agar ia menjadi milik AS sepenuhnya.
Keputusan Carney mengadakan pilihan raya lebih awal dibuat selepas pemulihan mendadak Parti Liberal dalam tinjauan pendapat sejak Januari lalu.
Ketika itu Trump mula mengancam Kanada dan bekas Perdana Menteri, Justin Trudeau, mengumumkan peletakan jawatan.
Hubungan antara Kanada dan AS semakin tegang sejak Trump mengenakan tarif terhadap negara itu serta mengancam untuk menggabungkan Kanada.
Ia semakin meningkat apabila Trump pada 6 Mac lalu menangguhkan tarif 25 peratus ke atas beberapa barangan Kanada selama 30 hari sebelum mengenakan sekatan baharu ke atas import keluli dan aluminium.
Topic Berkaitan
#mark carney
#pilihan raya
#Donald Trump
#kedaulatan negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan