Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong menzahirkan keyakinan republik itu akan berjaya mengharungi krisis ekonomi yang dialami ketika ini disebabkan pandemik COVID-19 global berikutan ia pernah mengalami tiga krisis sebelum ini.
Bagaimanapun, beliau berkata kali ini ia mungkin mengambil masa lebih lama.
Lee memberikan contoh bahawa pada suku akhir abad ini, negara mengalami Krisis Kewangan Asia (1997-1998), impak daripada serangan pengganas 9/11 (2001), dan Krisis Kewangan Global (2007-2009).
"Setiap kali, unjurannya adalah suram, dan kita bimbangkan yang terburuk, tetapi pada setiap kalinya kita berusaha keras untuk menjamin kedudukan kita, cekalkan hati, dan berjaya mengharunginya," katanya dalam Perutusan Hari Kebangsaan 2020 hari ini.
Hari Kebangsaan Ke-55 Singapura disambut hari ini tetapi majlis sambutan utama, perbarisan di Padang di sini, diadakan pada skala lebih ringkas disebabkan pandemik itu.
Lee mengambil perhatian bahawa kemungkinan besar akan mengambil masa satu atau dua tahun sebelum vaksin dipasarkan secara meluas, dan ancaman virus itu dapat dikekang.
Oleh itu, beliau menegaskan daya tahan diperlukan dalam mendepani kemerosotan ekonomi yang teruk.
Perdana menteri berkata Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) Singapura pada tahun ini merupakan peluang untuk negara memberi penghargaan kepada mereka yang bertugas di barisan hadapan dalam memerangi COVID-19, serta pesara doktor dan jururawat yang secara sukarela kembali bekerja, anggota pasukan keselamatan sepenuh masa, pegawai sektor awam, ribuan sukarelawan Singapura yang dilatih menjalankan operasi ujian swab, serta pekerja migran.
Perutusan Hari Kebangsaan Lee bermula dengan NDP2020, disusuli perbarisan di Padang yang turut dihadiri Presiden Singapura Halimah Yacob.
Juga diadakan acara simbolik yang lain, dengan setiapnya mewakili satu aspek daripada langkah diambil negara pulau ini untuk menangani COVID-19.
Bernama diundang untuk hadir di satu daripada lokasinya, Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID), yang melambangkan penyediaan penjagaan kesihatan kepada rakyat Singapura dengan pengerusi bersama Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian bagi COVID-19 dan Menteri Kesihatan Gan Kim Yong mengetuai acara menyanyikan Lagu Kebangsaan dan menaikkan bendera di pusat itu.
Acara utama lain adalah jet pejuang F-15SG Tentera Udara Republik Singapura melakukan penerbangan mengelilingi pulau ini manakala di darat pula, pasukan bergerak membabitkan 66 aset daripada Angkatan Tentera Singapura, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan Pasukan Polis Singapura turut melakukan perjalanan rentas pulau.
Penerjun Red Lions (payung terjun) tampil membuat aksi istimewa di beberapa lokasi terpilih manakala 13 kapal Tentera Laut Republik Singapura, Polis Pengawal Pantai, Pasukan Pertahanan Awam Singapura dan Pihak Berkuasa Pelabuhan turut melakukan lintas hormat maritim di perairan di Marina Bay.
Setakat semalam, jumlah kes COVID-19 di Singapura berjumlah 54,929 kes dengan bilangan yang sembuh sebanyak 48,312 (88 peratus) dan kematian berjumlah 27 (0.05 peratus).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 09 2020
Lee menegaskan daya tahan diperlukan dalam mendepani kemerosotan ekonomi yang teruk. - Bernama
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
RUU Majlis Media Malaysia dibentangkan kali pertama hari ini
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang hari ini, bertujuan memperkasa etika kewartawanan, menggalakkan pelaporan bertanggungjawab, dan menyokong pembangunan media negara.
Isu STEM dan kebajikan nelayan tumpuan hari ini
Sidang terakhir Parlimen hari ini membincangkan isu pendidikan STEM, kebajikan nelayan, semakan Akta Taska 1984, serta pembentangan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024.
Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam tadi manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
UK sumbang 13 juta pound kepada UNRWA
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer mengumumkan sumbangan sebanyak £13 juta pound kepada Agensi Bantuan Dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Trump rancang 25 perintah eksekutif pada hari pertama
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, merancang menandatangani lebih daripada 25 perintah eksekutif dan arahan pada hari pertamanya menjawat jawatan pada 20 Januari.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Qatar pada Rabu mengumumkan akan membuka semula kedutaannya di Syria selepas lebih 13 tahun ditutup.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Dewan Perniagaan Malaysia ASEAN penghubung komuniti perdagangan serantau
Diterajui Dewan Perniagaan Malaysia Kemboja (MBCC), badan pusat yang baru dilancarkan itu terdiri daripada Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam.
Rusia lihat prospek baik untuk kerjasama BRICS, ASEAN - Timbalan Menteri Luar
ASEAN tidak terlibat dalam "konfrontasi blok" dan memainkan peranan penting dalam membentuk rantau yang inklusif, seimbang, dan telus.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia utama kerjasama ekonomi, pembangunan lestari - PM Anwar
Malaysia juga akan turut memperluas kerjasama ekonomi ASEAN dan menggalakkan pertumbuhan serta pembangunan yang lebih terangkum dan lestari.
Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh 5 peratus tahun depan - MARC Ratings
MARC Ratings Berhad menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia kekal kukuh sekitar 5 peratus.
Orang ramai beratur panjang beri penghormatan terakhir kepada Ananda Krishnan
Orang ramai mula beratur panjang seawal pukul 2 petang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Pengerusi Usaha Tegas Sdn Bhd, Ananda Krishnan Tatparanandam di kediamannya di Brickfields.
'Internet tak laju, PMKS tak maju', Unifi Business tawar solusi pendigitalan
Infrastruktur, kepantasan dan pakej mampu milik Internet memainkan peranan yang cukup penting dalam memastikan PMKS dapat mengembangkan perniagaan, menembusi pelbagai pasaran.
Memperkasa identiti bandar moden melalui pemeliharaan warisan - Rahim & Co
Pemeliharaan warisan adalah elemen yang sangat penting dalam setiap fasa pembangunan bandar, baik dalam projek pembaharuan mahupun pembangunan semula.
Pelabur Pakistan tunjuk minat dalam sektor cip di Malaysia
Industri semikonduktor merupakan satu daripada bidang kerjasama baharu utama antara Malaysia dan Pakistan.
Kerajaan ingin jadikan aset tanah di Kelantan pemangkin ekonomi industri makanan, pertanian
Di Kelantan, aset tanah masih banyak yang belum diterokai dan Kerajaan Persekutuan sedang memikirkan cara aset-aset itu boleh dimanfaatkan.
Malaysia di landasan tepat jadi hab perniagaan bagi pihak berkepentingan Perancis di ASEAN
Kedudukan Malaysia, dengan ekonomi yang kukuh dan pelbagai, menawarkan akses yang tiada tandingan kepada blok ASEAN yang pesat berkembang.