Skip to main content

Dunia

PM Najib mahu suara dunia Islam dihormati AS dan Israel

81513117761_OIC.jpg
81513117761_OIC.jpg

Advertisement

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kini berada di Istanbul bagi menghadiri sidang kemuncak luar biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang dijadual berlangsung hari ini.

Perdana Menteri melalui kemas kini terbaharu di laman twitternya pada pukul 5 pagi tadi menyebut beliau selamat tiba di Istanbul bagi sidang kemuncak tersebut.

Dalam kemas kini terbabit, Datuk Seri Najib sekali lagi menegaskan bahaw beliau akan membawa suara Malaysia yang menolak sekeras-kerasnya pengisytiharan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.



Malaysia berpendirian tindakan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump terbabit sebagai melanggar norma undang-undang antarabangsa dan tidak menghormati sensitiviti umat Islam.

Sidang kemuncak luar biasa tersebut akan dirasmikan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan selaku Pengerusi pertubuhan itu.

Must Watch Video

Advertisement