awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Thai Prayuth tidak akan akur desakan letak jawatan

Bernama
Bernama
18/02/2022
13:17 MYT
PM Thai Prayuth tidak akan akur desakan letak jawatan
Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha berkata beliau tidak berhasrat meletak jawatan meskipun anggota Parlimen pembangkang mendesaknya supaya berundur. - Gambar fail/REUTERS
BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha berkata beliau tidak berhasrat meletak jawatan meskipun anggota Parlimen pembangkang mendesaknya supaya berundur.
Semalam, seorang ahli Parlimen pembangkang dari Chiang Mai, Tassanee Buranupakorn merangka surat peletakan jawatan bagi pihak Prayuth yang menyatakan bahawa perdana menteri akan meletak jawatan kerana "beliau gagal mentadbir negara dalam semua aspek".
Surat peletakan jawatan yang dirangka itu dimuatnaik di Twitter pada Khamis malam.
Semasa perbahasan Parlimen hari ini, Prayuth mengulangi bahawa beliau tidak akan meletak jawatan.
"Semalam, ada usaha untuk meminta saya meletak jawatan, dengan menyerahkan surat perletakan jawatan. Anda boleh menyimpannya untuk diri sendiri. Saya tidak akan berundur," Thai PBS memetik Prayuth sebagai berkata.
Tahun lalu, Prayuth, bekas panglima tentera yang merampas kuasa pada 2014, menghadapi tekanan yang semakin meningkat apabila penunjuk perasaan anti-kerajaan kembali ke jalanan menuntut beliau meletak jawatan kerana cara beliau mengendalikan krisis COVID-19 dan pelancaran vaksinasi.
Sejak kembali sebagai perdana menteri selepas pilihan raya umum pada 2019, Prayuth terselamat daripada sekurang-kurangnya tiga undi tidak percaya di parlimen.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PM thailand
#Prayuth Chan-o-cha
#Perdana Menteri Thailand
#letak jawatan
#ahli Parlimen
#Chiang Mai
#Tassanee Buranupakorn
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan