awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Russell Brand hadir perbicaraan dalam talian atas pertuduhan dua lagi kesalahan seksual
Murid 6 tahun perlu jalani ujian diagnostik sebelum diterima masuk tahun satu
Kemasukan murid 6 tahun: KPM jamin kapasiti sekolah, guru mencukupi - Fadhlina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Thailand Anutin lawat Laos sempena ulang tahun ke-75 hubungan dua hala

Bernama
Bernama
15/10/2025
13:31 MYT
PM Thailand Anutin lawat Laos sempena ulang tahun ke-75 hubungan dua hala
Anutin (gambar) dijadualkan melawat Vientiane atas jemputan rakan sejawatannya dari Laos, Perdana Menteri Sonexay Siphandone. - Reuters
BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul akan mengadakan lawatan rasmi ke Laos pada 16 Okt sempena sambutan ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara serta bagi memperkukuh kerjasama menyeluruh merentasi pelbagai sektor utama.
Jurucakap kerajaan Siripong Angkasakulkiat berkata Anutin dijadualkan melawat Vientiane atas jemputan rakan sejawatannya dari Laos, Perdana Menteri Sonexay Siphandone.
Anutin akan mengadakan perbincangan dua hala dengan Sonexay serta melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Laos Thongloun Sisoulith bagi mempererat hubungan dan memperkukuh kerjasama di bawah Perkongsian Strategik Thailand-Laos untuk Pertumbuhan dan Pembangunan Mampan.
"Lawatan ini merupakan kunjungan rasmi luar negara pertama perdana menteri dan amat bermakna kerana ia meraikan ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik antara Thailand dan Laos.
"Kedua-dua pihak berhasrat membina asas kukuh untuk kerjasama masa depan dengan keyakinan bahawa hubungan erat sebagai negara jiran akan memacu keselamatan bersama, kemakmuran dan kelestarian," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Siripong berkata Anutin juga dijangka membincangkan beberapa bidang kepentingan bersama termasuk memerangi kegiatan narkotik dan jenayah rentas sempadan, memperkukuh kerjasama dalam bidang kesihatan awam, pendidikan dan tenaga kerja, serta mempromosikan pertukaran rakyat dengan rakyat bagi memperdalam persahabatan antara kedua-dua negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lawatan rasmi
#PM thailand
#Anutin Charnvirakul
#laos
#Hubungan dua hala
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan