Murid 6 tahun perlu jalani ujian diagnostik sebelum diterima masuk tahun satu

Fadhlina turut menasihati ibu bapa supaya bertenang memandangkan perlaksanaan dasar berkenaan adalah secara sukarela dan bukanlah satu kewajipan. - Gambar hiasan
ALOR SETAR: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memaklumkan murid berusia enam tahun perlu menjalani ujian diagnostik melibatkan beberapa kriteria tertentu sebelum diterima masuk ke tahun satu pada sesi persekolahan 2027.
Ringkasan AI
- Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, mengumumkan bahawa murid berusia enam tahun perlu menjalani ujian diagnostik sebelum diterima ke tahun satu pada sesi persekolahan 2027.
- Kriteria penilaian ujian tersebut termasuk keupayaan psikoemosi, kemahiran tertentu, dan kesediaan murid itu sendiri.
- Perlaksanaan dasar itu adalah secara sukarela, memberi pilihan kepada ibu bapa untuk memilih sama ada mahu mendaftar anak enam tahun ke tahun satu atau sebaliknya.
Fadhlina turut menasihati ibu bapa supaya bertenang memandangkan perlaksanaan dasar berkenaan adalah secara sukarela dan bukanlah satu kewajipan, dengan murid mempunyai pilihan untuk kekal mengikuti sistem sedia ada.
"Sebab itu kita mulakan dengan tidak wajib, ia adalah pilihan... begitupun kita tak bagi kebebasan kepada ibu bapa begitu sahaja, ia mesti datang dengan kebersediaan anak dan yang paling penting, sokongan di peringkat KPM yang kita namakan sebagai ujian diagnostik.
"Apa tujuan ujian diagnostik ini? Ia adalah untuk kenal pasti kebersediaan anak-anak ini, psikoemosi dia, tahap kemahiran dia... adakah dia boleh berada dalam kelas darjah satu dengan semua persiapan itu. Sebab itu kita mulakan dengan pilihan secara sukarela," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas menghadiri Program PAKAT Prasekolah peringkat negeri Kedah, di Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Alor Setar pada Rabu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


