DUNIA
PM Thailand mohon maaf isu kontroversi panggilan telefon

Paetongtarn Shinawatra (tengah) memohon maaf secara terbuka susulan kebocoran rakaman perbualan telefon peribadi beliau dengan bekas Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen. -Gambar Reuters
BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra hari ini memohon maaf secara terbuka susulan kebocoran rakaman perbualan telefon peribadi beliau dengan bekas Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen, yang mencetuskan kemarahan rakyat dan menggugat kestabilan kerajaan pimpinannya.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra memohon maaf secara terbuka selepas rakaman perbualan telefon peribadinya dengan bekas PM Kemboja Hun Sen bocor dan mencetuskan kemarahan rakyat serta ketegangan politik.
- Rakaman menunjukkan Paetongtarn merujuk komander tentera sebagai -pihak lawan- dan menyatakan kesediaan memenuhi permintaan Hun Sen, menyebabkan parti gabungan utama menarik diri dan menimbulkan spekulasi pilihan raya mengejut.
- Hun Sen mengesahkan beliau merakam perbualan tersebut tetapi menafikan membocorkannya kepada umum, sementara protes antikerajaan mula tercetus di Bangkok dengan tuntutan agar Paetongtarn meletak jawatan.
Rakaman yang tersebar menunjukkan Paetongtarn merujuk kepada seorang komander tentera Thailand sebagai “pihak lawan” dan menyatakan kesediaan untuk memenuhi permintaan Hun Sen, termasuk membuka semula sempadan seperti biasa.
Beliau turut memanggil Hun Sen sebagai “pak cik” dan meminta simpati atas tekanan politik yang dihadapinya.
Kebocoran itu menyebabkan parti gabungan utama, Bhumjaithai, menarik diri daripada kerajaan, sekali gus meninggalkan Paetongtarn dengan majoriti tipis di Parlimen.
Tindakan itu mencetuskan spekulasi kemungkinan pilihan raya mengejut, hanya dua tahun selepas pilihan raya umum terakhir pada Mei 2023.
Hun Sen, kini Presiden Senat Kemboja, mengesahkan beliau merakam perbualan tersebut pada 15 Jun dan berkongsi rakaman itu dengan kira-kira 80 pegawai di negaranya.
Namun, beliau menafikan bertanggungjawab terhadap kebocoran kepada umum.
Sementara itu, protes antikerajaan mula tercetus di Bangkok, dengan kumpulan aktivis menuntut Paetongtarn meletak jawatan atas dakwaan mencemarkan maruah tentera dan kedaulatan negara.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami