Selain itu, beliau turut menggesa penunjuk perasaan tidak bertindak ganas supaya pengundi boleh menunaikan tanggungjawab mereka.
Rayuan itu dibuat menjelang proses pengundian pada Ahad.
Bagaimanapun, rayuan Yingluck itu jelas ditolak penunjuk perasaan apabila ada yang membuat halangan bagi mengganggu proses pengagihan peti undi di Bangkok.
Protes anti-kerajaan Thailand sejak november tahun lalu telah meragut 10 nyawa setakat ini.
Kes terbaru melibatkan seorang lelaki ditembak mati ketika berlangsungnya pengundian awal minggu lalu.
Insiden berlaku ketika penunjuk perasaan cuba menutup pusat pengundian.
Seorang lelaki dikejarkan ke hospital selepas beliau dipukul oleh penunjuk perasaan anti kerajaan di Bangkok pada 28 Jan., 2014. – Foto AP/Wason Wanichakorn
Bagi mengelak insiden sama berulang, kerajaan Thailand mengerahkan 100,000 anggota polis memantau proses pengundian selain meredakan tunjuk perasaan.
Dalam pada itu, pasukan keselamatan meningkatkan kawalan di semua pusat pengundian di Bangkok sebagai persediaan pilihan raya hujung minggu ini.
Ribuan anggota polis tambahan di hantar ke Bangkok bagi mengawal beberapa kepentingan strategik termasuk kelab polis yang menjadi kediaman pentadbir pengisytiharan darurat.
Bagaimanapun masih ramai meramalkan kepincangan dalam pilihan raya dengan keputusan penuh mungkin mengambil tempoh beberapa bulan.
Penunjuk perasaan mengibarkan bendera semasa perhimpunan besar anti kerajaan pada 30 Jan., 2014 di Bangkok. –Foto AP/Sakchai Lalit
Sementara wilayah sama menyaksikan calon di 28 parlimen gagal mendaftarkan diri.
Ia menimbulkan satu lagi kemungkinan parti yang menang tidak mempunyai bilangan parlimen yang cukup untuk membentuk kerajaan.
Malah kempen pilihan raya calon juga terjejas sehingga ada antara mereka hanya mampu menampal poster dan menghantara mesej secara online.