awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Thailand sertai parti baharu untuk bertanding pilihan raya akan datang

Bernama
Bernama
23/12/2022
10:49 MYT
PM Thailand sertai parti baharu untuk bertanding pilihan raya akan datang
Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha hari ini mengumumkan beliau telah menyertai Parti Ruam Thai Sang Chart (Parti Bangsa Thai Bersatu) untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang dijadual diadakan sebelum Mei tahun depan. - Gambar fail/AP
BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha hari ini mengumumkan beliau telah menyertai Parti Ruam Thai Sang Chart (Parti Bangsa Thai Bersatu) untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang dijadual diadakan sebelum Mei tahun depan.
Meskipun had penggal lapan tahun sebagai perdana menteri akan berakhir pada 2025, Prayuth sudah memperlihatkan hasratnya untuk bertanding lagi dalam pilihan raya umum akan datang.
"Saya sebelum ini mempertimbangkan untuk menyertai parti Ruam Thai Sang Chart buat seketika...Kini, saya telah memutuskan untuk menyertai parti itu.
"Parti itu akan mencalonkan saya untuk menjadi calon tunggal perdana menteri pada pilihan raya akan datang," katanya kepada pemberita di luar Rumah Kerajaan di Bangkok hari ini.
Prayuth yang mula memegang tampuk kuasa sebagai ketua tentera dalam rampasan kuasa 2014 berkata beliau memutuskan untuk menyertai pilihan raya kerana beberapa projek yang diterajui pentadbirannya masih belum selesai.
"Saya ingin meneruskan dan menyelesaikan projek-projek itu," kata beliau.
Prayuth berkata beliau telah pun memaklumkan kepada ketua parti Palang Pracharath (PPRP) Prawit Wongsuwan mengenai keputusannya itu.
"Tiada konflik antara kami... Hubungan kami kekal erat," kata beliau.
Terdahulu, PPRP mengumumkan Prawit akan menjadi calon parti itu pada pilihan raya akan datang.
Andai Prayuth menang dan dipilih sekali lagi sebagai perdana menteri, tempoh perkhidmatan beliau akan dihadkan kepada dua tahun sahaja.
Pada September, Mahkamah Perlembagaan memutuskan Prayuth layak untuk kekal memegang jawatan sehingga 2025.
Parti Ruam Thai Sang Chart telah ditubuhkan pada Mac diketuai bekas Menteri Kehakiman Pirapan Salirathavibhaga.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri Thailand
#Prayuth Chan o-cha
#Parti Ruam Thai Sang Chart
#pilihan raya umum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan