awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM UK Starmer batal cuti bersama keluarga, fokus tangani rusuhan

Bernama
Bernama
11/08/2024
10:48 MYT
PM UK Starmer batal cuti bersama keluarga, fokus tangani rusuhan
Pada Jumaat, Starmer menegaskan bahawa polis perlu kekal dalam "keadaan berjaga-jaga" pada hujung minggu ini. - Gambar fail/Reuters
LONDON: Perdana Menteri Britain Keir Starmer telah membatalkan rancangannya untuk bercuti ketika kerajaan terus memberi tumpuan kepada tindak balasnya berhubung kekacauan di negara itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Starmer dijangka memulakan percutian musim panas ke Eropah hujung minggu ini bersama keluarganya.
Namun, difahamkan bahawa beliau akan bekerja dari pejabatnya di No. 10 Downing Street di London dan kediaman rasmi perdana menteri, Chequers pada hujung minggu ini dan minggu depan, menurut agensi berita PA.
Pada Jumaat, Starmer menegaskan bahawa polis perlu kekal dalam "keadaan berjaga-jaga" pada hujung minggu ini.
Beliau memberitahu media bahawa tindak balas polis telah diperhebatkan selepas beberapa hari kekacauan dan mempercepatkan kes melalui mahkamah, tetapi mesejnya adalah untuk kekal "berjaga-jaga" bagi memastikan "komuniti di Britain selamat dan terjamin serta berasa selamat."
Lebih ramai individu dihadapkan ke mahkamah pada Sabtu berhubung protes baru-baru ini ketika penunjuk perasaan anti-perkauman berkumpul di bandar-bandar, termasuk Belfast dan Edinburgh.
Beribu-ribu penunjuk perasaan anti-perkauman turut berkumpul di luar ibu pejabat Reform UK di London.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rusuhan
#peninjuk perasaan
#anti-perkauman
#Keir Starmer
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan