Skip to main content

Dunia

PM UK tetap dengan keputusan tidak sertai serangan AS-Israel ke atas Iran

51724118195_tbKeirStarmer.jpg
Starmer memberikan maklumat terkini kepada Ahli Parlimen mengenai situasi di Iran di Dewan Rakyat. - Gambar fail

LONDON: Perdana Menteri Britain Keir Starmer berkata pada Isnin beliau tetap dengan keputusannya untuk tidak melibatkan United Kingdom (UK) dalam pengeboman ke atas Iran yang kini dilakukan oleh AS dan Israel, lapor Anadolu Ajansi.

Starmer memberikan maklumat terkini kepada Ahli Parlimen mengenai situasi di Iran di Dewan Rakyat.

Advertisement

Beliau mengulangi bahawa UK tidak terlibat dalam serangan awal ke atas Iran dan berkata keputusan itu "disengajakan" kerana kerajaan percaya hasil terbaik ialah penyelesaian menerusi rundingan.

"Kita tidak menyertai serangan AS dan Israel. Asas keputusan kita ialah pertahanan diri bersama-sama rakan dan sekutu lama serta melindungi nyawa rakyat British," katanya.

Merujuk pada kritikan Presiden AS Donald Trump, beliau berkata: "Menjadi kewajipan saya untuk menilai apa yang berkaitan kepentingan negara Britain. Itulah yang saya telah lakukan, dan saya tetap dengannya (keputusan itu)."

Trump berkata Starmer telah "mengambil masa terlalu lama" untuk memberikan akses pangkalan British kepada AS, menurut laporan The Telegraph.

Starmer berkata terdapat kira-kira 200,000 warga Britain di Asia Barat dan menyifatkan risiko terhadap mereka dari Iran sebagai "sangat membimbangkan".

-- BERNAMA-ANADOLU 

Must Watch Video