MOSCOW: Perdana Menteri United Kingdom (UK), Rishi Sunak sedang menimbang untuk menaikkan gaji pekerja sektor awam sebanyak 5 peratus bagi menamatkan gelombang mogok susulan rangsangan luar jangka yang diterima oleh Perbendaharaan negara itu sebanyak 30 bilion pound (AS$36.36 bilion), lapor Sputnik memetik laporan Financial Times.
Memo yang dipetik oleh media menyebut bahawa kenaikan gaji 5 peratus untuk penjawat awam pada 2023-2024 mempunyai "risiko rendah" dalam penetapan penanda aras untuk pertumbuhan gaji sektor swasta.
Langkah itu dibuat selepas angka rasmi menunjukkan bahawa pinjaman awam berkemungkinan 30 bilion pound lebih rendah daripada jangkaan disebabkan oleh penerimaan cukai yang tinggi, penurunan harga tenaga dan pelaburan awam yang rendah.
Unjuran baharu kewangan awam itu memberi peluang kepada Sunak untuk menawarkan kenaikan gaji ketika kerajaannya berusaha untuk menamatkan tindakan mogok yang mendominasi politik semasa kepimpinannya.
Media memetik sumber kerajaan sebagai berkata bahawa London sedang mempertimbang kenaikan gaji kira-kira 5 peratus untuk pekerja sektor awam tahun depan selain bayaran terbelakang, walaupun angka itu berada di bawah unjuran inflasi 5.5 peratus untuk tahun depan.
UK menyaksikan beberapa siri mogok oleh penjawat awam sejak beberapa bulan lepas ekoran rasa tidak puas hati terhadap situasi ekonomi yang semakin buruk disebabkan kenaikan harga tenaga dan inflasi yang melambung tinggi.
Pekerja syarikat kereta api, pejabat pos, lapangan terbang dan peguam adalah antara sektor yang menyertai demonstrasi.
Badan penyiar UK, Sky News yang memetik data dari Pejabat Perangkaan Kebangsaan (ONS) negara itu yang berkata, jumlah hari bekerja yang hilang akibat pertikaian buruh pada Disember berjumlah 843,000 jam, menjadikan jumlah hari mogok dari Jun hingga Disember 2022 kepada 2,471,000 jam, angka tertinggi sejak 1989.
Pada akhir Januari, ONS berkata jumlah pinjaman awam di UK pada Disember 2022 mencecah 27.4 bilion pound, angka tertinggi pada Disember dalam sejarah UK. - BERNAMA
Bernama
Wed Feb 22 2023

Rishi Sunak sedang menimbang untuk menaikkan gaji pekerja sektor awam sebanyak 5 peratus bagi menamatkan gelombang mogok susulan rangsangan luar jangka yang diterima oleh Perbendaharaan UK sebanyak 30 bilion pound. - Gambar fail REUTERS

KPWKM rancang bangunkan pangkalan data pengasuh
Pada masa ini, masih tiada platform atau pusat rujukan bagi ibu bapa memilih pengasuh yang dikehendaki.

Siasatan seleweng RM2.3 bilion dana negara: SPRM beku akaun bank RM39 juta
Akaun bank berjumlah lebih RM39 juta termasuk milik bekas menteri kanan, dua ahli perniagaan bergelar 'Tan Sri' dan ahli keluarga mereka telah dibekukan.

#PE3: 'Ini orang yang saya sayang' - Air mata Zizan jatuh dek fenomena Polis Evo 3
Reaksi Zizan turut mendapat balasan sedih daripada Sam yang dilihat turut mengesat air matanya.

Aidiladha: Jualan tiket tambahan kereta api ke Pantai Timur bermula malam ini
Jualan tiket tambahan bagi perkhidmatan Tren Ekspres Lambaian Aidiladha (ELA) ke Pantai Timur sempena Hari Raya Aidiladha dibuka mulai 8 malam ini.

Hafidz bakal sahkan status hubungan dengan Athira selepas bercerai
Ditanya mengenai dakwaan berkelakuan seperti seorang yang psiko, Hafidz berkata dia tidak menghiraukan tuduhan netizen.

Kuarters, rumah ketua balai polis atas tanah gereja di Kamunting akan diroboh
Tanah rizab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di lot 784 di Kamunting, Taiping telah dimiliki The Titular Roman Catholic Bishop of Melaka sejak tahun 1883, kata Ketua Polis Perak.

Dakwaan rogol, Lubnan panggil balik dutanya ke Perancis
Menurut Kementerian Luar Lubnan, Rami Adwan akan ke Beirut selepas satu pasukan dihantar ke Kedutaan Lubnan di Paris untuk menyiasat kes itu.

Kerajaan teruskan subsidi ayam dan telur mulai bulan depan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju untuk meneruskan pemberian subsidi ayam dan telur bermula 1 Julai depan.

Serangan pisau Perancis: 'Tiada petunjuk motif pengganas' - Pendakwa Raya
Suspek lelaki adalah pelarian gelandangan yang tiba di Annecy pada musim luruh tahun lalu, dan kini dalam tahanan polis.

20 remaja cedera selepas tanjakan di Texas runtuh
Lima daripada mereka dihantar ke hospital di Houston menggunakan helikopter dan selebihnya dengan bantuan ambulans dan kenderaan persendirian.

PM UK timbang naikkan gaji sektor awam sebanyak 5 peratus untuk tamatkan mogok
Kenaikan gaji 5 peratus pada 2023-2024 mempunyai "risiko rendah" dalam penetapan penanda aras untuk pertumbuhan gaji sektor swasta.