Seorang gadis menjadi buruan polis di New York, Amerika Syarikat selepas tindakannya menceroboh masuk kandang singa dan menari di depan haiwan berkenaan baru-baru ini di Zoo Bronx.
Rakaman video yang tular di media sosial itu menyaksikan gadis berkenaan melangkah masuk ke dalam pagar dengan sengaja sebelum melambaikan tangannya dan mula menari.
Meskipun begitu, terdapat parit kecil yang memisahkan gadis itu dengan singa berkenaan, lapor CBC News.
Dalam pada itu, menurut pihak berkuasa, gadis berkenaan boleh ditahan atas tuduhan memasuki kawasan larangan tanpa kebenaran.
“Pagar dipasang demi memastikan keselamatan haiwan, pengunjung dan kakitangan. Kami tidak akan bertoleransi sekiranya ada yang melanggar undang-undang,” kata jurucakap zoo itu.
Sementara itu, seorang pengunjung mempersoalkan tindakan gadis berkenaan memasuki kandang singa dan menari.
“Saya harap tidak ada hal buruk yang terjadi kepada singa itu kerana perbuatan gadis tersebut," cetus pengunjung yang lain.
Ketika video itu menjadi viral di Instagram, netizen mengatakan bahawa gadis berkenaan patut bersyukur dia selamat dan tidak dibaham.
“Mungkin singa itu sudah diberi makan tengah hari,” gurau mereka.
Agensi
Thu Oct 03 2019
Seorang gadis menjadi buruan polis di New York selepas tindakannya menceroboh masuk kandang singa dan menari di depan haiwan berkenaan, baru-baru ini.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Polis buru gadis menari depan singa dalam zoo
Seorang gadis menjadi buruan polis di New York, Amerika Syarikat selepas tindakannya menceroboh masuk kandang singa dan menari di depan haiwan berkenaan baru-baru ini di Zoo Bronx.
Perut wanita hamil dirobek, bayi direntap rakan sendiri
Mangsa yang sarat hamil itu ditikam dan dikelar leher serta bayi itu direntap keluar dari rahim mangsa oleh kawannya sendiri.