Jika kebiasaannya anjing pengesan K-9 digunakan untuk mengesan dadah, lain pula di Chile apabila anjing dilatih untuk mengenal pasti pesakit COVID-19.
Menurut laporan The Telegraph, pihak berkuasa di sana melatih anjing untuk mengesan jangkitan menerusi peluh dan bau badan manusia yang dijangkiti virus itu pada peringkat awal.
Malah, kaedah sama turut dilakukan di United Kingdom (UK) dan ia juga menunjukkan hasil yang memberangsangkan.
Difahamkan sebanyak empat ekor anjing spesies kacukan labrador dan golden retriever dipilih bagi menjalani latihan awal bagi misi itu.
Kesemua anjing itu dilatih di pangkalan latihan Chab Carabineros di ibu kota Santiago.
Selain COVID-19, anjing terlatih itu juga mampu mengesan penyakit lain seperti malaria, kanser dan Parkinson.
Jelas Pengarah Unit Latihan Anjing Pengesan Polis Khas, Leftenan Kolonel Cristian Acevedo Yanez anjing merupakan haiwan istimewa dan hebat kerana mempunyai lebih 3 juta reseptor bau.
Ia berkeupayaan menghidu 50 kali ganda lebih baik daripada manusia dan mampu membantu pasukannya memerangi jangkitan koronavirus di negara berkenaan.
“Peranan pihak kami (polis) adalah untuk bertindak pantas dan membiasakan diri dengan kelaziman baharu.
“Kaedahnya adalah dengan menempatkan anjing-anjing ini di tempat yang sesak seperti di sekolah, terminal bas dan lapangan terbang di mana ia boleh menghidu individu yang mempunyai jangkitan COVID-19 pada peringkat awal.
“Seterusnya, kami akan menahan individu itu dan segera melakukan saringan bagi mengelakkan risiko penularan jangkitan,” kata Yanez.
Tambahnya, haiwan itu juga boleh memainkan peranan penting dalam memutuskan rangkaian COVID-19 dan membantu kerajaan memberi peluang membuka sekolah dan perniagaan secara berperingkat.
Terdahulu, dalam kajian berasingan, pengkaji di Perancis berkata anjing berupaya mengesan kehadiran COVID-19 pada badan manusia dengan menghidu di bahagian ketiak mereka.
Pengkaji di Universiti Veterinar Alfort, Paris juga telah melatih lapan ekor anjing spesies Belgian Malinois shepherd untuk mengesan COVID-19 menerusi bau badan yang diambil pada bahagian ketiak individu yang telah dijangkiti virus itu.
Afiq Ariffin
Mon Aug 03 2020

pihak berkuasa melatih anjing untuk mengesan jangkitan menerusi peluh dan bau badan manusia yang dijangkiti virus itu pada peringkat awal. -Facebook/Petsoulz

Pertemuan dengan AS: Perbincangan positif, satu lagi pertemuan bulan hadapan - Tengku Zafrul
Pertemuan dengan Jamieson Greer berlangsung dalam suasana positif, dengan fokus diberi terhadap membantu industri dan pengeksport Malaysia.
Seorang pelajar maut dalam insiden tikaman di sekolah di Perancis
Serangan itu berlaku di sekolah Notre-Dame-de-Toutes-Aides di Nantes pada petang Khamis, menurut laporan.
Pameran semangat ASEAN imbas sejarah penubuhan
Tindakan lanjut selepas laporan lengkap KSU KPM - KSN
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata reka bentuk bendera negara seharusnya dihasilkan dengan tangan dan kefahaman rakyat sendiri bukan bergantung sepenuhnya kepada teknologi kecerdasan buatan (AI).
Enam individu direman bantu siasatan kes tuntutan palsu
Perintah reman hingga 30 April ini dikeluarkan Majistret Muhammad Fadzlan Mohd Noor selepas menerima permohonan SPRM di Mahkamah Majistret di sini pagi Khamis.
India gantung perjanjian perkongsian air dengan Pakistan
India pada Rabu menggantung perjanjian air yang berlangsung selama beberapa dekad dengan Pakistan, sehari selepas insiden tembakan oleh penyerang tidak dikenali terhadap pelancong di Kashmir.
Lelaki maut ditikam berebut kawasan minta sedekah
Hasil perbincangan delegasi Malaysia bersama AS
Lintas langsung dari Washington D.C bersama wartawan Astro AWANI, Syaff Shukri bagi membawakan perkembangan perbincangan mengenai isu tarif timbal balik antara delegasi Malaysia bersama Amerika Syarikat.
Perbincangan positif, satu lagi pertemuan bulan depan
Bagaimanapun, Tengku Zafrul tidak memberikan perincian mengenai tawaran Malaysia berhubung isu tarif bagi mengimbangi defisit perdagangan antara Malaysia dan AS.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 24 April 2025.

Polis Chile latih anjing kenal pasti pesakit COVID-19
Pihak berkuasa melatih anjing untuk mengesan jangkitan menerusi peluh dan bau badan manusia yang dijangkiti virus itu pada peringkat awal.