United pecat Amorim, Darren Fletcher ambil alih sementara

Amorim (foto) dipecat sebagai pengurus Manchester United selepas ketegangan dalaman dan prestasi tidak konsisten dalam Liga Perdana Inggeris musim ini. -Gambar fail
MANCHESTER : Manchester United hari ini mengumumkan pemecatan Ruben Amorim sebagai pengurus pasukan utama selepas hanya 14 bulan menerajui kelab itu, susulan ketegangan dalaman dan prestasi tidak konsisten dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.
Ringkasan AI
- Ruben Amorim dipecat sebagai pengurus Manchester United selepas ketegangan dalaman dan prestasi tidak konsisten dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.
- Amorim hanya memenangi 24 daripada 63 perlawanan sepanjang perkhidmatannya, dengan hanya 15 kemenangan dalam saingan liga.
- Darren Fletcher dijangka menjadi pengurus interim pasukan utama menjelang perlawanan menentang Burnley, selepas pemecatan Amorim.
Amorim, 41, yang dilantik pada Nov 2024 bagi menggantikan Erik ten Hag, memenangi hanya 24 daripada 63 perlawanan sepanjang tempoh perkhidmatannya, termasuk hanya 15 kemenangan dalam saingan liga.
Perlawanan terakhirnya adalah keputusan seri 1-1 menentang Leeds United di Elland Road pada Ahad lalu.
Ketegangan antara Amorim dan pihak pengurusan tertinggi kelab dilaporkan memuncak selepas Amorim secara terbuka menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kurangnya sokongan dalam jendela perpindahan Januari.
Dalam sidang media sebelum perlawanan menentang Leeds, beliau menegaskan mahu menjadi pengurus sebenar, bukan sekadar jurulatih, sambil menyindir Wilcox agar melaksanakan tugasnya.
Sebagai langkah interim, bekas pemain tengah United dan kini jurulatih pasukan Bawah-18, Darren Fletcher, dijangka mengambil alih tugas pengendalian pasukan utama menjelang perlawanan menentang Burnley pada Rabu ini.
Pemecatan Amorim menambah lagi ketidaktentuan di Old Trafford, yang kini bergelut untuk kembali ke prestasi terbaik walaupun dengan pelaburan besar dalam skuad.
Pihak pengurusan dijangka mengumumkan pengganti tetap dalam masa terdekat.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Mengapa Ruben Amorim dipecat sebagai pengurus Manchester United? A: Prestasi tidak konsisten dalam Liga Perdana Inggeris musim ini dan ketegangan dalaman menjadi faktor utama pemecatan tersebut.
- Q: Berapa jumlah kemenangan yang diraih oleh Ruben Amorim sepanjang dia menerajui Manchester United? A: Ruben Amorim hanya memenangi 24 daripada 63 perlawanan yang dilalui, termasuk hanya 15 kemenangan dalam saingan liga.
- Q: Siapakah yang dijangka mengambil alih tugas pengendalian pasukan utama Manchester United secara interim? A: Darren Fletcher, bekas pemain tengah United dan kini jurulatih pasukan Bawah-18, dijangka mengambil alih tugas pengendalian pasukan utama sebagai langkah interim.
- Q: Apakah tindakan yang diambil oleh Ruben Amorim sebelum dipecat? A: Sebelum dipecat, Ruben Amorim secara terbuka menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kurangnya sokongan dalam jendela perpindahan Januari dan menegaskan hasratnya untuk menjadi pengurus sebenar, bukan sekadar jurulatih.
- Q: Apakah perlawanan terakhir yang dihadiri oleh Ruben Amorim sebelum dipecat? A: Perlawanan terakhir Ruben Amorim adalah keputusan seri 1-1 menentang Leeds United di Elland Road.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

