awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kawalan sempadan diperkukuh, tangkapan rakyat Malaysia di Sungai Golok menurun
Loji penyahgaraman air laut di POIC mampu jadi model selesai bekalan air industri Sabah
Peruntukan RM50 juta bantu selenggara 28 SJKT di Pulau Pinang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

97 pusat operasi penipuan dalam talian tumpas, 1,070 ditahan - Polis

Yasmin Natasha
Yasmin Natasha
05/01/2026
10:30 MYT
97 pusat operasi penipuan dalam talian tumpas, 1,070 ditahan - Polis
Orang ramai turut dinasihatkan agar sentiasa berwaspada serta mendapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa sebelum melakukan sebarang transaksi kewangan. - Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR : Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan sebanyak 97 pusat operasi penipuan dalam talian dan menahan 1,070 individu dalam beberapa serbuan di sekitar ibu negara.
Dalam satu kenyataan, PDRM memaklumkan daripada jumlah yang ditahan itu, 600 orang merupakan warga tempatan manakala 470 lagi warga asing. Kesemua tangkapan dibuat di beberapa premis kediaman yang dipercayai dijadikan pusat operasi haram sindiket penipuan.
Dalam operasi berkenaan, polis turut merampas 2,845 unit peralatan telekomunikasi yang digunakan untuk menghubungi mangsa, selain wang tunai berjumlah RM5,067,818.
"Siasatan awal mendapati kesemua individu yang ditahan merupakan pekerja sindiket dan terlibat dalam pelbagai modus operandi penipuan, termasuk tawaran pekerjaan palsu, pelaburan mata wang kripto yang tidak wujud, serta aktiviti penipuan lain yang menyasarkan mangsa dalam dan luar negara.
"Kesemua suspek telah didakwa di Mahkamah di bawah Seksyen 120B(2) Kanun Keseksaan kerana bersubahat melakukan penipuan dalam talian, selain kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 berkaitan pelanggaran dokumen perjalanan melibatkan warga asing," menurut kenyataan itu.
PDRM menegaskan akan terus mempergiatkan operasi secara berterusan bagi memastikan sindiket penipuan dalam talian dapat dibanteras sepenuhnya.
Orang ramai turut dinasihatkan agar sentiasa berwaspada serta mendapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa sebelum melakukan sebarang transaksi kewangan.
Sebarang maklumat berkaitan jenayah atau aktiviti mencurigakan boleh disalurkan kepada Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau ke mana-mana balai polis berhampiran.

Topic Berkaitan
#penipuan dalam talian
#PDRM
#Polis Diraja Malaysia
#call centre
#scam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan