Polis dikerah ke Lapangan Terbang Heathrow susulan laporan berlaku insiden serius

Polis bersenjata dan pasukan kecemasan dikerah ke Lapangan Terbang Heathrow berikutan insiden serius di tempat letak kereta bertingkat Terminal 3. -Gambar fail/Reuters
LONDON: Polis bersenjata dan pasukan kecemasan dikerah ke Lapangan Terbang Heathrow pagi Ahad berikutan insiden serius di tempat letak kereta bertingkat Terminal 3.
Ringkasan AI
- Polis bersenjata dan pasukan kecemasan dikerah ke Lapangan Terbang Heathrow berikutan insiden serius di tempat letak kereta bertingkat Terminal 3.
- Insiden menyebabkan gangguan besar kepada perkhidmatan tren dan pengangkutan awam ke lapangan terbang antarabangsa itu.
- Walaupun punca sebenar insiden belum didedahkan, pihak berkuasa mengesahkan ia tidak berkaitan dengan keganasan atau protes.
"Kami akan memberikan maklumat lanjut secepat mungkin,” kata jurucakap lapangan terbang berkenaan.
Polis Metropolitan mengesahkan kawasan tersebut telah dikawal ketat dan orang awam diminta menjauhi lokasi.
Laporan awal menyebut beberapa individu termasuk pemandu bas dan pengguna tempat letak kereta diarahkan kekal di dalam kenderaan masing-masing atas faktor keselamatan.
Insiden turut menyebabkan gangguan besar kepada perkhidmatan tren dan pengangkutan awam ke lapangan terbang antarabangsa itu.
Perkhidmatan Heathrow Express dan sebahagian laluan Elizabeth Line digantung sepenuhnya, manakala laluan Piccadilly Line mengalami kelewatan.
Jalan M4 Spur yang menghubungkan Terminal 2 dan 3 turut ditutup sementara sebelum dibuka semula.
National Rail memaklumkan gangguan dijangka berterusan sehingga sekurang-kurangnya jam 12 tengah hari waktu tempatan.
Penumpang yang merancang menggunakan perkhidmatan tren ke atau dari Heathrow dinasihatkan menyemak status perjalanan dan mempertimbangkan alternatif pengangkutan lain.
Walaupun punca sebenar insiden belum didedahkan, pihak berkuasa mengesahkan ia tidak berkaitan dengan keganasan atau protes.
Beberapa hantaran di media sosial walau bagaimanapun mengaitkan kejadian dengan pergaduhan dua kumpulan melibatkan gas pemedih mata.
Difahamkan sekurang-kurangnya seorang suspek telah ditangkap.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah yang menyebabkan peningkatan kehadiran polis bersenjata di Lapangan Terbang Heathrow? A: Insiden serius di tempat letak kereta bertingkat Terminal 3.
- Q: Apa tindakan yang diambil oleh pasukan kecemasan dan polis Metropolitan setelah insiden berlaku? A: Kawasan dikawal ketat, orang awam diminta menjauhi lokasi, dan individu diarahkan kekal di dalam kenderaan masing-masing.
- Q: Apakah kesan insiden tersebut kepada perkhidmatan tren dan pengangkutan awam ke Lapangan Terbang Heathrow? A: Perkhidmatan Heathrow Express dan sebahagian laluan Elizabeth Line digantung, laluan Piccadilly Line mengalami kelewatan, dan jalan M4 Spur ditutup sementara.
- Q: Berapa lama gangguan dijangka berterusan menurut National Rail? A: Sekurang-kurangnya hingga jam 12 tengah hari waktu tempatan.
- Q: Adakah insiden tersebut berkaitan dengan keganasan atau protes? A: Tidak, pihak berkuasa mengesahkan ia tidak berkaitan dengan keganasan atau protes.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

