Pihak berkuasa Sweden mengerah lebih ramai anggota polis di kawasan sekitar ibu negara, Stockholm dalam usahanya mengekang dan menghenti tunjuk perasaan.

Ekoran ketidaktentuan yang berlaku, beberapa negara termasuk Amerika Syarikat dan Britain meminta rakyatnya menjauhi kawasan yang terjejas.

Tunjuk perasaan yang bermula Ahad lalu dilapor berjangkit ke beberapa kawasan penempatan lain termasuk Albeit.

Ia tercetus susulan kematian seorang lelaki berusia 69 tahun yang maut ditembak polis.

Kejadian berlaku di kawasan pinggir bandar Husby di mana 80 peratus daripada 11,000 penduduknya terdiri daripada warga pendatang.

Berita selanjutnya dapat diikuti melalui video yang telah disediakan.