Skip to main content

Dunia

Polis India siasat Meta berhubung video Modi janaan AI

Indian Prime Minister Narendra Modi addresses the press upon his arrival to attend the first day of the monsoon session of parliament in New Delhi, India, July 20, 2026. REUTERS/Altaf Hussain
Modi bercakap kepada media di bangunan parlimen di New Delhi, India, 20 Julai 2026. - REUTERS
Advertisement

MOSCOW: Polis jenayah siber India telah membuka kertas siasatan terhadap Pengarah Meta India selepas video janaan kecerdasan buatan (AI) yang memaparkan Perdana Menteri Narendra Modi tular di media sosial, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik akhbar India Today pada Jumaat.

Kes terhadap Arun Srinivas disiasat beberapa hari selepas polis memanggil wakil syarikat teknologi berkenaan untuk memberi taklimat kepada penyiasat berhubung mekanisme mengesan dan memadamkan kandungan janaan AI.

Video palsu berunsur penghinaan yang memaparkan Modi mula tersebar luas semasa protes penuntut universiti.

Polis Jenayah Siber kini sedang menyiasat punca asal video yang telah diubah suai itu serta langkah-langkah yang diambil oleh Meta bagi membendung penyebarannya.

Siasatan itu dilaporkan masih berada pada peringkat awal.

 

 

--BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement