awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Israel tahan suspek insiden pembunuhan 3 remaja Yahudi

AFP
AFP
06/08/2014
02:45 MYT
Polis Israel tahan suspek insiden pembunuhan 3 remaja Yahudi
Dari kiri Eyal Yifrach, 19, Naftali Frenkel, 16 dan Gilad Shaar, 16 - AFP PHOTO/FAMILY HANDOUT
Polis Israel berkata pihaknya berjaya menahan seorang suspek lelaki yang didakwa menjadi dalang dan mengetuai insiden penculikan dan pembunuhan tiga remaja Yahudi Jun lalu.
“(Suspek) Hossam Kawasmeh ditahan oleh pihak tentera bulan lalu di Shuafat (dalam kejiranan Palestin di Baitul-Maqdis), kerana dipercayai mengetuai sekumpulan anggota komando Hamas untuk menculik dan membunuh tiga remaja itu,” menurut satu kenyataan polis Israel.
Penculikan pada 12 Jun itu telah membawa kepada pembunuhan Naftali Frenkel, Gilad Shaer dan Eyal Yifrach di Tebing Barat.
Ia juga menyebabkan satu operasi besar-besaran dilancarkan rejim di Tebing Barat bagi memburu pejuang Hamas yang dikatakan bertanggungjawab. Ia juga dikatakan mencetuskan serangan roket dari Gaza ke wilayah Israel.
Mayat ketiga-tiga mereka ditemui pada 30 Jun.
Menurut media Israel, suspek Hossam Kawasmeh mengaku menerima bantuan kewangan dari pergerakan Hamas ketika disoal-siasat.
Selain Hossam, turut diburu adalah dua lagi warga Palestin yang dipercayai ada kaitan dengan pembunuhan itu.
Topic Berkaitan
#Eyal Yifrach
#Gaza
#Gilad Shaer
#Hamas
#Israel
#Naftali Frenkel
#Palestin
#Tebing Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan