TOKYO: Selama beberapa dekad, sekeping foto lelaki bernama Satoshi Kirishima sedang tersenyum dipaparkan pada poster orang dikehendaki di luar balai polis di seluruh Jepun.
Selepas 49 tahun, pihak berkuasa yakin mereka telah menemui individu yang dicari selama ini.
Pihak polis sedang menunggu ujian DNA ke atas seorang pesakit kanser yang dimasukkan ke sebuah hospital di Tokyo minggu lalu, dengan nama berbeza.
Kirishima adalah anggota Barisan Bersenjata Anti-Jepun Asia Timur, sebuah organisasi radikal berhaluan kiri yang dipercayai bertanggungjawab dalam beberapa siri pengeboman maut pada 1970-an.
Lapan orang terbunuh dalam satu serangan yang dilakukan oleh kumpulan itu di ibu pejabat Mitsubishi Heavy Industries pada tahun 1974.
Kirishima juga didakwa membantu dalam kejadian letupan yang memusnahkan sebahagian bangunan di daerah Ginza Tokyo dalam satu serangan tertentu pada 18 April 1975.
Kirishma, yang kini berusia 70 tahun, pada mulanya menggunakan nama yang berbeza ketika mendaftar masuk ke sebuah hospital di Bandar Kamakura di Kanagawa, selatan Tokyo.
Tetapi dia kemudiannya memberitahu kakitangan hospital identiti sebenarnya, dan mengatakan mahu menggunakan nama sebenar pada "saat-saat terakhir" kerana dia hanya mempunyai beberapa bulan lagi untuk hidup, lapor media tempatan.
Agensi
Sat Jan 27 2024
Satoshi Kirishima dikehendaki kerana didakwa terbabit dalam beberapa insiden letupan sekitar era 70an. - Gambar X/ @mrjeffu
Jalan rosak di Johor berbaki 979 daripada 2,642 lokasi dikenal pasti
Sebanyak 1,075 kawasan jalan rosak telah dibaiki tahun lepas dan 588 lokasi lagi akan dibuat sepanjang tahun ini.
Imigresen Kelantan dakwa 15 pendatang di Mahkamah Sesyen Khas
Kesemua pendatang yang berusia antara 19 hingga 48 tahun itu ditangkap dalam Op Kutip sekitar Kota Bharu dan Bachok pada 3 Mei.
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
Polis Jepun yakin penjenayah dikehendaki akhirnya ditemui selepas 50 tahun
Polis sedang menunggu ujian DNA ke atas seorang pesakit kanser yang dimasukkan ke sebuah hospital di Tokyo minggu lalu, dengan nama berbeza.
Polis Jepun yakin penjenayah dikehendaki akhirnya ditemui selepas 50 tahun
Polis sedang menunggu ujian DNA ke atas seorang pesakit kanser yang dimasukkan ke sebuah hospital di Tokyo minggu lalu.